Berita

Pulih usahawan | Harian Metro

Pulih usahawan | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) akan terus memberi tumpuan untuk membantu perusahaan mikro dan usahawan informal yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, biarpun pelbagai bantuan dan pakej rangsangan sudah disalurkan kerajaan, peniaga khususnya daripada golongan itu belum dapat memulihkan perniagaan mereka sepenuhnya.

Katanya, ia berdasarkan hasil dapatan kajian yang dijalankan pihaknya.

“Di sebalik kepelbagaian insentif yang ditawarkan, hakikatnya golongan ini masih menderita kerana mereka tidak mempunyai keupayaan kewangan yang mencukupi.

“Malah, ramai antara mereka yang tidak mempunyai pelan kelangsungan perniagaan dan tidak mengetahui bagaimana untuk memohon bantuan yang disediakan kerajaan.

“Selain itu, Medac juga mendapati ada ketidakpadanan antara bantuan yang disediakan kerajaan dengan keperluan sebenar usahawan.

“Misalnya, kos bagi mengadaptasi digitalisasi oleh usahawan mikro tidak memerlukan jumlah pembiayaan yang terlalu besar berbanding dengan apa yang ditawarkan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, bantuan disediakan kerajaan melalui bank komersial pula didapati sukar untuk dimanfaatkan oleh kebanyakan usahawan terutama usahawan mikro.

Justeru, katanya, semua pihak perlu melakukan perubahan yang sewajarnya berdasarkan keadaan dan keperluan semasa.

“Bersedia untuk berubah ke arah memperbaiki, mempermudah dan memperkemas proses sedia ada di kementerian serta agensi supaya ia menjadi lebih efektif, berkesan dan mesra pelanggan,” katanya.

Menyedari implikasi besar Covid-19 ke atas usahawan, Medac membangunkan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi khusus untuk memastikan kelestarian dan pemulihan operasi perniagaan usahawan, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), koperasi, usahawan sosial, startup dan usahawan informal.

Bagi pelaksanaan fasa pertama bermula Mei sehingga Disember lalu, sebanyak 20 program dilaksanakan dengan peruntukan RM171 juta kepada 12,138 penerima manfaat apabila 96.52 peratus dalam kalangan Bumiputera.

Fasa kedua pula akan bermula pada Januari sehingga Mei tahun ini dengan peruntukan RM17.1 juta.

Sehingga Disember lalu, Medac juga menawarkan bantuan pembiayaan kepada usahawan yang terjejas berjumlah RM1.48 bilion melalui agensi seperti SME Bank, Bank Rakyat, Tekun Nasional dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada 53,449 penerima.

Pulih usahawan | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo