Infotainment

Pusat Pelacuran Guna Kad ‘Loyalty’ Untuk Beri Ganjaran Diserbu Polis

Pusat Pelacuran Guna Kad 'Loyalty' Untuk Beri Ganjaran Diserbu Polis 2

Serbuan ke atas pusat-pusat pelacuran di negara kita sering sahaja dilaporkan di dada-dada akhbar dan kebanyakan serbuan ini akan menemukan sekumpulan wanita serta bapa ayam atau individu-individu bertanggungjawab menguruskan mereka.

Tetapi dalam serbuan yang dilakukan di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi seperti dilaporkan Berita Harian, pihak polis turut menemui sesuatu yang baru dalam modus operandi mereka.

Berbeza dengan bayaran dan perkhidmatan seks seperti yang biasa ditawarkan, sindiket kali ini turut menawarkan kad kesetiaan atau loyalty card.

Jika anda pernah menggunakan mana-mana kad kesetiaan sebelum ini, anda mungkin tidak mempunyai masalah untuk memahami terma ini.

Tetapi buat anda yang kurang biasa dengan kad kesetiaan, ianya ditawarkan untuk memberikan anda ganjaran dan juga penjimatan apabila anda berbelanja.

Dalam kes sindiket pelacuran ini, mereka akan menawarkan satu perkhidmatan percuma kepada pelanggan selepas membayar atau melanggan sebanyak enam kali.

Secara mudahnya- enam kali bayar satu kali percuma.

Bagaimanapun, menerusi hasil maklumat yang diberikan orang awam melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM), sindiket berkenaan berjaya diserbu pada semalam.

Dalam serbuan berkenaan, pihak polis telah menahan 12 wanita yang terdiri daripada warga Vietnam dan Thailand yang disyaki pekerja seks.

Selain itu, dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing yang berperanan sebagai penjaga juga turut ditahan.

Menurut pihak polis lagi, sindiket pelacuran itu telah beroperasi sejak tiga bulan yang di hotel bertaraf tiga bintang di Jalan Ipoh itu dan pihaknya kini juga sedang menyiasat pembabitan pihak hotel dalam kes berkenaan.

Baca juga perkembangan semasa dalam negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Mahu Kurangkan Kemalangan, Polis Cadang Remaja Guna Motosikal 70cc Dan Ke Bawah

‘Hacker’ Dari Malaysia Mengaku Serang 300 VPN Korporat Indonesia

Bangkai ‘Black Panther’ Bernilai RM300,000 Antara Yang Dirampas Di Kelantan




Pusat Pelacuran Guna Kad 'Loyalty' Untuk Beri Ganjaran Diserbu Polis 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo