Artikel Terkini

Raja Azmi letak jawatan, Mohd Shukrie dilantik sebagai pemangku CEO Kumpulan MAHB

Raja Azmi letak jawatan, Mohd Shukrie dilantik sebagai pemangku CEO Kumpulan MAHB 1

KUALA LUMPUR : Raja Azmi Raja Nazuddin memutuskan untuk meninggalkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) berkuat kuasa mulai Isnin.

MAHB dalam satu kenyataan memaklumkan, peletakan jawatan oleh Raja Azmi bertujuan untuk meneruskan peluang lain.

Raja Azmi menyertai MAHB pada 1 Feb, 2016 sebagai Ketua Pegawai Kewangan sebelum beliau dilantik sebagai GCEO pada 4 Jan, 2019.

“Beliau telah memberi sumbangan yang besar kepada syarikat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

“Lembaga Pengarah ingin mengucapkan terima kasih kepada Raja Azmi atas perkhidmatannya dan ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

“Sebagai syarikat senaraian awam, MAHB akan menjalankan proses yang sewajarnya untuk mengenal pasti dan melantik pengganti yang sesuai,” menurut MAHB dalam satu kenyataan.

Susulan itu, Lembaga Pengarah melantik Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh sebagai pemangku GCEO berkuat kuasa serta merta.

Susulan itu, Lembaga Pengarah melantik Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh sebagai pemangku GCEO berkuat kuasa serta merta. Foto: Bernama



Raja Azmi letak jawatan, Mohd Shukrie dilantik sebagai pemangku CEO Kumpulan MAHB 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link