Infotainment

Rakam Video & Tangkap Gambar Penuh Kesempurnaan Bersama Samsung Galaxy Note20

Rakam Video & Tangkap Gambar Penuh Kesempurnaan Bersama Samsung Galaxy Note20 1

Rakam Video & Tangkap Gambar Penuh Kesempurnaan Bersama Samsung Galaxy Note20 2

Suka main TikTok? Suka kongsi video kehidupan anda di IG Stories? Hobi anda ambil gambar tak kira siang atau malam?

Ha, kalau jawapan untuk ketiga-tiga soalan di atas adalah “ya”, maka kami ingin mencadangkan sesuatu yang bakal menyempurnakan aktiviti-aktiviti tersebut

samsung galaxy note 20

Yes!!! Inilah dia Samsung Galaxy Note20, telefon pintar terbaru daripada Samsung dengan S Pen yang memberikan anda kepuasan, kesempurnaan dan kejituan apabila merakam video atau mengambil gambar. Tiada lagi masalah gambar “blur”, video bergetar, atau “ala asal gelap sangat gambar nie”. Memang sesuai sekiranya anda bercita-cita nak menjadi seorang TikTokers ataupun Instafemes. Samsung Galaxy Note20 bakal menyempurnakan gaya hidup anda.

Ok sembang banyak tak guna, jom kita tengok apa yang Samsung Galaxy Note20 boleh lakukan:-

Rakam vlog macam filem

samsung galaxy note 20

Andainya anda seorang yang mempunyai banyak idea yang ingin dikongsikan di media sosial, Samsung Galaxy Note20 boleh menjadi alat yang akan menyerlahkan lagi bakat anda. Dengan rakaman video 8K serta 24fps “natural motion blur”, anda boleh menonjolkan ciri-ciri cinematik seperti di dalam filem. Kreativiti anda kini boleh diterjemahkan menggunakan Samsung Galaxy Note20.

Video yang lebih lancar dengan paparan 120Hz (Galaxy Note20 Ultra sahaja)

Apa guna rakam video tapi bila tengok balik di skrin nampak tak “smooth”. Ha, dengan Samsung Galaxy Note20 Ultra ini, korang tak perlu risau. Paparan skrinnya adalah 120Hz, menjanjikan pengalaman melihat video serta melakukan penyuntingan dengan mudah, tepat dan jitu, sama ada anda menggunakan jari atau guna S Pen. No problem at all!!

Kawalan “zoom” yang dinamik

samsung galaxy note

Pernah bercita-cita nak buat video macam dalam filem Matrix? Ala yang boleh buat slo-mo elak peluru macam Neo. Ha, dengan Samsung Galaxy Note20, itu semua boleh jadi kenyataan sebab anda boleh mengawal kelajuan zoom dan tambahkan efek yang diingini. Tak payah nak beli kamera mahal-mahal. Cukup dengan telefon pintar ini sahaja.

AI Single Take

 

Fungsi AI Single Take ini akan membuat rakaman video berdurasi 5 hingga 15 saat menggunakan kesemua lensa yang terdapat pada kamera utama Samsung Galaxy Note20 pada pelbagai sudut dan gaya. Dengan hanya satu klik rakaman melalui fungsi ini, anda mampu untuk memilih gambar pilihan anda yang cantik, sama ada dalam bentuk boomerang, video berulang, gambar dengan efek hitam putih dan banyak lagi. Lepas tue anda boleh pilih yang mana paling kebabom untuk dikongsikan di media sosial. Memang makin bertambahlah followers anda selepas ini!

S Pen Yang Semakin Awesome

Rakam Video & Tangkap Gambar Penuh Kesempurnaan Bersama Samsung Galaxy Note20 3

Power kan? Itu belum kira kehebatan S Pen Samsung Galaxy Note20 yang semestinya telah ditambahbaik untuk memudahkan anda melakukan sebarang kerja. Untuk model kali ini, latensi S Pen ini telah dikurangkan sehingga 9ms untuk model Galaxy Note20 Ultra dan 26ms untuk Galaxy Note20, sekaligus membolehkan anda menulis/menyunting tanpa sebarang “lag”.

Kalau anda memang pandai melukis, memang terasa seperti anda sedang melukis di atas kertas. Hebat kan? Itu belum kira pelbagai jenis Air Gesture yang memudahkan hidup anda seperti Recent App, Delete, Kembali ke Laman Utama dan macam-macam lagi. Memang awesome sungguh Samsung Galaxy Note20 ini.

Dynamic AMOLED 2X (Galaxy Note20 Ultra sahaja)

samsung galaxy note 20

Last but not least, paparan skrin Samsung Galaxy Note20 Ultra dikuasakan oleh Dynamic AMOLED 2x yang memberikan kecerahan maksimum. Tak ada lagi masalah tak boleh baca mesej dari boss anda ketika berada di bawah panas terik cahaya matahari. Kesemuanya akan terpampang dengan jelas, tak kira sama ada tulisan, gambar atau pun video. Hebat kan?

Kagum kan dengan kehebatan Samsung Galaxy Note20 ini? Ha, anda pasti akan bertambah kagum apabila memilikinya sebab memang banyak gila fungsi yang best-best untuk mereka yang ingin menjadi seorang Instafemes/TikTokers popular. Maklumat lanjut layari laman rasmi Samsung



Written by shahzeeq


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Rakam Video & Tangkap Gambar Penuh Kesempurnaan Bersama Samsung Galaxy Note20 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo