Berita

Rakan artis dalam Muzik-Muzik jalani ujian swab

Rakan artis dalam Muzik-Muzik jalani ujian swab 1

Rakan artis dalam Muzik-Muzik jalani ujian swab 2

Kuala Lumpur: Penundaan hari ketiga peringkat separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) yang sepatutnya berlangsung malam tadi bertukar menjadi hari paling ‘menakutkan’ apabila penyanyi dan pengacara yang terbabit tampil melakukan ujian saringan Covid-19.

Ia susulan penyanyi, Alif Satar yang juga peserta SFMM 35 pada hari pertama, kelmarin disahkan positif Covid-19 hari ini.

Antara selebrti yang berkongsi melakukan ujian saringan Covid-19 di Instagram mereka malam tadi adalah pengacara Sherry Alhadad dan Haziq Husni serta penyanyi Hael Husaini, Zynakal, Ernie Zakri, Syamel, Aina Abdul dan Stacy.

Rata-rata meminta semua peminat mendoakan yang terbaik buat mereka serta berharap Alif segera sembuh.

“Terima kasih atas doa kalian buat kami. Semoga semuanya dipermudahkan. Doakan juga untuk sahabat baik kami Alif agar cepat sembuh. Seoga kita selamat hendaknya,” kata Shery.

“Semoga semua dipermudahkan. Doa yang baik-baik dan jaga diri,” kata Hael.

“Alhamdulillah saya, Syamel, Aqilah dan semua team kami sudah selesai melakukan ujian saringan. Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segalanya buat kami. Kami akan menjalani kuarantin selama 14 hari,” kata Ernie.

Rakan artis dalam Muzik-Muzik jalani ujian swab 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo