Infotainment

Ralph Lauren Dituduh Plagiat Rekaan Ikonik Zang Toi, Pereka Fesyen Dari Malaysia

Ralph Lauren Dituduh Plagiat Rekaan Ikonik Zang Toi, Pereka Fesyen Dari Malaysia
Ralph Lauren Dituduh Plagiat Rekaan Ikonik Zang Toi, Pereka Fesyen Dari Malaysia 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Peminat fesyen mula menuduh jenama fesyen terkemuka Ralph Lauren meniru rekaan ikonik pereka fesyen dari Malaysia, Datuk Zang Toi untuk persalinan Alicia Keys yang dipakainya ke majlis Met Gala baru-baru ini.

Mantel yang disarung Alicia Keys memaparkan rekaan bandar new York, idea yang telah dihasilkan Zang Toi untuk Minggu Fesyen New York pada tahun 2020. Idea di sebalik mantel tersebut telah ada sejak 2009 lagi, di mana ia diperlihatkan buat pertama kali di CDFA Fashion Awards.

“Saya ingatkan ia adalah kamu (rekaan busana Alicia Keys) rupanya ia adalah Ralph,” antara komen yang ditulis pengguna media sosial.

Zang Toi berkata ramai peminat hasil kerjanya memberitahunya berkenaan persaamaan rekaan busana Ralph Lauren dengan hasil ciptaannya dan beliau berkata ini ‘bukan pertama kali’ hasil kerjanya ditiru atau diambil oleh pereka lain. Namun Zang Toi tidak melenting dengan peniruan itu.

“Untuk satu jenama besar seperti Ralph Lauren untuk meniru rekaan seorang pereka dari sebuah pekan kecil di Malaysia adalah satu bentuk sanjungan. Ia adalah bukti jika kamu bagus, orang lain akan meniru anda,” kata Zang Toi kepada The Star.

Beliau juga gembira rekaannya kini menerima perhatian daripada orang ramai. Beliau menambah peniruan adalah masalah yang sukar dibendung dalam dunia fesyen dan apa yang boleh beliau lakukan ketika ini adalah melihat perkara itu sebagai salah satu bentuk ‘pujian’ buat dirinya.

Ini beberapa artikel lain berkait rapat dengan isu plagiat. Baca lagi pada pautan di bawah.

Dakwa Konsep Tudung Diciplak Jenama Terkenal, Netizen Simpati Lihat Pemuda Ini Menangis

‘Perkataan Itu Dekat Di Hati’- Ini Penjelasan Sharifah Rose Selepas Didakwa Tiru Nama Jenama Tempatan

Jenama Kasut Indonesia, Ventela Tepis Dakwaan Rekaan Logonya Tiru Vans


Ralph Lauren Dituduh Plagiat Rekaan Ikonik Zang Toi, Pereka Fesyen Dari Malaysia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list