Infotainment

Ramai keliru isu tuala wanita percuma

Ramai keliru isu tuala wanita percuma
Ramai keliru isu tuala wanita percuma 1

PUTRAJAYA: Inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma mungkin nampak kecil tapi ia boleh memberi impak besar untuk menangani isu kemiskinan haid di negara ini.

Itu penjelasan diberikan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berhubung kekeliruan isu pemberian tuala wanita secara percuma yang dinyatakan olehnya sebelum ini.

Dr. Zaliha berkata, isu kemiskinan haid sangat bertepatan dengan kesihatan menstrual dan sistem reproduktif wanita di negara ini.

Menurutnya, beliau mengambil maklum diatas kekeliruan dan berterima kasih atas pandangan orang ramai mengenai kenyataannya sebelum ini.

“Saya ingin jelaskan bahawa inisiatif yang hendak dimulakan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM) itu adalah bagi melihat aspek pengoperasian serta maklum balas segera.

“Sekiranya berjaya, saya lihat ia boleh diperluaskan ke fasiliti-fasiliti kesihatan yang strategik dan melibatkan orang awam,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Dr. Zaliha ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKM memaklumkan, insiatif pemberian tuala wanita percuma dimulakan terlebih dahulu di tandas Pejabat Menteri KKM.

Malah, inisiatif itu juga akan dibawa ke peringkat lebih tegas dan berbentuk polisi termasuk diperluas ke seluruh negara.

Bagaimanapun, idea itu menarik perhatian warganet di saluran media sosial yang menyifatkan ia bukan langkah baharu sebaliknya sudah dilaksanakan di beberapa tempat termasuk di sekolah.

Malah, tidak kurang juga memuji idea itu memandangkan ada segelintir masyarakat di negara ini yang tidak mampu untuk memberi tuala wanita itu.- UTUSAN


Ramai keliru isu tuala wanita percuma 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo