Berita

Ramai pekerja asing melepak di ibu kota

Ramai pekerja asing melepak di ibu kota 2

Kuala Lumpur: Orang ramai yang kebanyakan warga asing dilihat masih ramai berkumpul dan bersiar-siar pada cuti Tahun Baru Cina meskipun ibu kota masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Walaupun jumlah mereka tidak seramai seperti sebelum Covid-19 melanda negara namun kelibat warga asing terutama warga Bangladesh, Nepal dan Pakistan tetap ada di sekitar Jalan Tun Tan Sew Sin dan Leboh Pudu.

Tinjauan Harian Metro mendapati mereka membanjiri kawasan terbabit sama ada melepak atau membeli barang keperluan harian.

Turut kelihatan peniaga mengambil kesempatan menjual pelbagai barangan di kaki lima menyebabkan warga asing yang ingin membeli tidak menjaga jarak apabila berkumpul memilih barang.

Suasana itu juga mengundang rasa tidak selesa dan dibimbangi boleh menyebabkan jangkitan Covid-19 tambahan sekarang ini masih dalam tempoh PKP.

Lebih membimbangkan ada juga yang hanya memakai pelitup muka di dagu mereka sambil berbual di telefon dan menghisap rokok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya turut membuat tinjauan penguatkuasaan bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurutnya, individu yang ingkar arahan dan didapati berkumpul akan diambil tindakan kompaun jika didapati melakukan kesalahan ingkar arahan PKP.

“Operasi pematuhan PKP yang dijalankan turut meninjau aktiviti berbasikal dan setakat ini mereka yang mengayuh basikal mematuhi SOP ditetapkan iaitu maksimum dua orang.

“Tinjauan berbasikal selama tiga jam di Dataran Merdeka, Jalan Merbok, Jalan Raja Laut dan Jalan Ampang mendapati mereka mematuhi SOP ditetap,” katanya.

Ramai pekerja asing melepak di ibu kota 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo