Infotainment

Ramai Sangka 5.1 Peratus, Ini Cara Yang Betul Untuk Kira Dividen & Bonus ASB Tahun 2022

Ramai Sangka 5.1 Peratus, Ini Cara Yang Betul Untuk Kira Dividen & Bonus ASB Tahun 2022
Ramai Sangka 5.1 Peratus, Ini Cara Yang Betul Untuk Kira Dividen & Bonus ASB Tahun 2022 1

Setiap tahun pasti ramai pelabur yang ternanti-nantikan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan dividen serta bonus dalam Amanah Saham Berhad (ASB).

Semalam, ASNB telah membuat pengumuman tentang dividen bagi tahun 2022 dan apa yang lebih menarik, mereka turut mengumumkan bonus tambahan buat para pelabur.

Dividen ASB bagi tahun 2022 diumumkan sebanyak 3.35 sen seunit dan ditambah juga dengan bonus sebanyak 1.25 sen seunit manakala bonus tambahan pula 0.50 sen seunit.

Ramai Sangka 5.1 Peratus, Ini Cara Yang Betul Untuk Kira Dividen & Bonus ASB Tahun 2022 2

Pengumuman itu sekaligus membuatkan sesetengah individu membuat andaian bahawa dividen ASB bagi tahun ini adalah 5.1 sen seunit atau 5.1 peratus.

Namun, sebenarnya bonus tambahan yang diumumkan hanyalah diberikan buat 30,000 unit pertama sahaja. Sementara pemilikan unit melebihi 30,000 pula tidak akan diberikan bonus tambahan.

Merujuk kepada perkara itu, berikut adalah contoh pengiraan dividen ASB 2022 dan contoh kiraan perbezaan pendapatan dividen buat jumlah pemilikan pelabur yang berbeza.

Ramai Sangka 5.1 Peratus, Ini Cara Yang Betul Untuk Kira Dividen & Bonus ASB Tahun 2022 3

Menurut portal ini, cara pengiraan pengagihan pendapat unit amanah di laman ASNB sedikit berbeza buat mereka yang mengeluarkan modal pegangan ASB sepanjang 12 bulan terakhir.

Sebagai contoh, jika ada telah mengeluarkan wang sebanyak RM30,000 selama empat bulan daripada RM100,000 pegangan unit amanah sebelum memasukkan wang itu semula, jadi jumlah baki minimum pada bulan berkenaan iaitu sebanyak RM70,000 akan diambil kira bagi empat bulan tersebut.

Ramai Sangka 5.1 Peratus, Ini Cara Yang Betul Untuk Kira Dividen & Bonus ASB Tahun 2022 4

Perkongsian ini disediakan oleh pihak VOCKET dan diharap ia memudahkan anda semua untuk membuat pengiraan bagi dividen dan bonus ASB 2022.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wak Doyok


11 bulan lalu

Wak Doyok Kini Jadi Duta Syarikat Pelaburan, Netizen Persoal Status Hukum Main ‘Trading Forex’


Ramai Sangka 5.1 Peratus, Ini Cara Yang Betul Untuk Kira Dividen & Bonus ASB Tahun 2022 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo