Berita

Rampas lima tan minyak masak

Rampas lima tan minyak masak 2

Padang Besar: Sebanyak lima tan minyak masak dirampas selepas Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Padang Besar menyerbu sebuah gudang yang dijadikan tempat penyimpanan tidak berlesen di Kawasan Perindustrian Padang Besar di sini, semalam.

Dalam kejadian 1.10 tengah hari itu, anggota AKSEM turut menahan seorang lelaki berusia 38 tahun dipercayai pemilik gudang berkenaan.

Komander AKSEM negeri, Deputi Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, serbuan dilakukan selepas anggota AKSEM mendapat maklumat bahawa terdapat kegiatan penyimpanan minyak secara tidak berlesen dilakukan di premis berkenaan.

“Hasil maklumat berkenaan, risikan AKSEM yang dijalankan selama seminggu kemudian mendapati gudang berkenaan disalahgunakan suspek untuk menyimpan minyak masak berkenaan tanpa mempunyai lesen yang sah.

“Siasatan awal kami mendapati premis berkenaan dahulunya adalah sebuah gudang barangan runcit, namun ia sudah pun disalahgunakan oleh suspek,” katanya kepada pemberita di Pejabat AKSEM Padang Besar, di sini semalam.

Katanya, suspek mengaku bahawa gudang berkenaan digunakan untuk tujuan transit di mana minyak masak berkenaan akan dieskport ke negara Thailand dengan harga jualan sebanyak RM2.50 bagi sepaket minyak masak itu.

“Suspek ditahan dan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perlis untuk siasatan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Rampas lima tan minyak masak 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo