Berita

Rancang kewangan | Harian Metro

Rancang kewangan | Harian Metro 2

MALAYSIA adalah satu-satunya negara di dunia yang menyediakan moratorium menyeluruh ketika ekonomi dunia sedang bergelut menangani pandemik Covid-19 dan ini, sekali gus membolehkan pelanggan bank mempunyai ‘ruang bernafas’ untuk menilai semula status kewangan mereka.

Pakar kewangan peribadi, Mohd Kauthar Rozmal berkata, ini mencerminkan kesedaran industri perbankan Malaysia terhadap cabaran yang dihadapi oleh pelanggan mereka pada waktu ini.

Katanya, menerusi moratorium menyeluruh, ia dapat membantu melindungi pekerjaan di samping menyokong pemulihan ekonomi.

“Sementara negara sedang menuju ke arah pemulihan ekonomi, industri perbankan masih memberikan bantuan kewangan kritikal menerusi Bantuan Pembayaran Balik Bersasar kepada mereka yang masih menghadapi masalah kewangan.

“Bantuan Pembayaran Balik Bersasar kini lebih berfokus kerana ia adalah satu pendekatan bersasar dan bukannya seperti moratorium menyeluruh dan diberikan kepada mereka yang paling memerlukan,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, rakyat Malaysia perlu mengatur kewangan mereka bagi menghadapi 2021 dengan memanfaatkan semua bantuan dan inisiatif yang disalurkan kerajaan.

Mohd Kauthar berkata, bagi individu disarankan menguruskan komitmen kewangan secara proaktif bermula daripada kereta sehinggalah ke rumah, kad kredit atau pembiayaan peribadi.

“Kenal pasti kemampuan untuk membayar balik setiap bulan atau mencari peluang pendapatan jangka pendek, susulan lonjakan permintaan terhadap perkhidmatan atas permintaan (on-demand) seperti penghantaran makanan atau barangan dan e-hailing.

“Ini mewujudkan peluang menjana aliran pendapatan sementara bagi memenuhi komitmen kewangan.

“Bagi perniagaan terjejas, peniaga perlu terokai akses kepada platform yang dapat membantu meningkatkan operasi dan keupayaan perniagaan mereka (contohnya program keusahawanan, latihan kemahiran) yang amat memanfaatkan.

“Perniagaan juga boleh memberikan tumpuan untuk mengembangkan tawaran mereka, mencapai lebih ramai pelanggan atau mencari jalan untuk mengawal kos seperti minimumkan kos overhed atau berpindah ke ruang pejabat lebih kecil,” katanya.

Rancang kewangan | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo