Berita

Rang undang-undang gangguan seksual dijangka siap Mac ini

Rang undang-undang gangguan seksual dijangka siap Mac ini 2

Kuala Lumpur: Rang undang-undang berkaitan gangguan seksual dijangka siap Mac ini dan dijangka akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, draf rang undang-undang itu, kini pada peringkat akhir bagi penelitian Jabatan Peguam Negara.

“Draf telah hantar ke AGC (Jabatan Penguam Negara) untuk menilai jika ada pindaan-pindaan kecil… bersidang sahaja parlimen nanti, kita akan bentangkan.

“Dalam masa sama, usaha-usaha kesedaran dan pendidikan tentang gangguan seksual terus digerakkan oleh semua agensi di bawah kementerian ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat rujukan khidmat sosial golongan gelandangan, Anjung Singgah di Jalan Hang Lekiu, malam ini.

Rina turut memberi jaminan rang undang-undang itu nanti akan bersifat holistik dalam membendung isu berkaitan gangguan seksual yang tidak terhad terhadap gangguan di tempat kerja semata-mata.

Beliau berkata demikian mengulas desakan beberapa pihak termasuk bekas menteri kementerian itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mempercepatkan pembentangan rang undang-undang berkenaan.

Desakan itu berikutan terdapat dakwaan insiden gangguan seksual baru-baru ini membabitkan anggota polis.

Persidangan Parlimen yang sepatutnya bermula bulan hadapan, ditangguhkan susulan pengisytiharaan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 12 Januari sehingga 1 Ogos tahun ini.

Terdahulu juga pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan mahu kerajaan mewujudkan akta khusus menangani masalah gangguan seksual bagi memudahkan mangsa mendapat bantuan untuk menghentikannya termasuk di tempat kerja.

Rang undang-undang gangguan seksual dijangka siap Mac ini 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo