Infotainment

Realme Malaysia Mengacah Kehadiran Beberapa Produk AIOT Baharu Lagi – Amanz

Realme Malaysia Mengacah Kehadiran Beberapa Produk AIOT Baharu Lagi – Amanz

Realme Malaysia Mengacah Kehadiran Beberapa Produk AIOT Baharu Lagi – Amanz 1

Rasanya baru sahaja Realme memperkenalkan sehingga 7 produk AIoT sekitar penghujung bulan April yang lalu. Kini, jenama ini dilihat berkongsi dalam perancangan untuk hadir dengan beberapa lagi rangkaian produk AIoT baharu. Memetik beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik Realme di media sosial rasmi mendedahkan rekaan untuk sejumlah produk berkenaan telah mula diacah.

Realme Malaysia Mengacah Kehadiran Beberapa Produk AIOT Baharu Lagi – Amanz 2
Realme Malaysia Mengacah Kehadiran Beberapa Produk AIOT Baharu Lagi – Amanz 8

Poster pertama tiada sebarang bayangan rekaan produk yang diperlihatkan. Namun begitu, merujuk kepada kapsyen dan imej acah terdapat perkataan ‘Noise Off World’ – ia seperti merujuk kepada aksesori audio. Kemudian, poster kedua pula jelas memperlihatkan rekaan seakan muka jam tangan dengan bentuk petak dan sokongan satu butang fizikal di sisi.

Realme Malaysia Mengacah Kehadiran Beberapa Produk AIOT Baharu Lagi – Amanz 3
Realme Malaysia Mengacah Kehadiran Beberapa Produk AIOT Baharu Lagi – Amanz 9

Seterusnya, diikuti pula dengan poster ketiga yang memperlihatkan rekaan untuk butang kawalan pada sesebuah fon telinga berwayar. Ini sekaligus memberi petunjuk mereka bakal hadir dengan penawaran aksesori audio lagi. Turut kelihatan, produk ini akan hadir dalam tiga pilihan warna berbeza seperti hijau, hitam dengan tali kuning dan biru.

Realme Malaysia Mengacah Kehadiran Beberapa Produk AIOT Baharu Lagi – Amanz 4
Realme Malaysia Mengacah Kehadiran Beberapa Produk AIOT Baharu Lagi – Amanz 10

Akhir sekali, terdapat satu lagi produk yang belum dapat dipastikan mengenainya. Poster acah sekadar memperlihatkan separuh daripada rekaan produk yang turut hadir dengan sokongan tali yang terpasang bersama-samanya. Namun begitu, kapsyen yang disertakan seakan memberi bayangan ia berkemungkinan besar adalah pembesar suara pintar mudah alih.

Realme Malaysia Mengacah Kehadiran Beberapa Produk AIOT Baharu Lagi – Amanz 5
Realme Malaysia Mengacah Kehadiran Beberapa Produk AIOT Baharu Lagi – Amanz 11

Buat masa ini, Realme Malaysia dilihat sekadar mengacah sahaja kehadiran untuk kesemua produk ini tanpa berkongsi lebih lanjut mengenainya. Ini termasuklah nama produk dan tarikh pelancaran rasminya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Realme Malaysia.

Sekadar selingan, Realme Malaysia juga telah menjadualkan sebuah acara pelancaran untuk telefon pintar baharu mereka iaitu Realme Narzo 30. Ia merupakan sebuah lagi peranti dengan janaan cip MediaTek Helio G95, selain turut dilengkapi skrin 90Hz, bateri 5000mAh dan tri-kamera dengan sensor utama 48MP. Kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya termasuk penawaran harga rasmi peranti kelak.

Realme Malaysia Mengacah Kehadiran Beberapa Produk AIOT Baharu Lagi – Amanz 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo