Infotainment

Redah Hujan Lebat Demi Menghantar Pesanan, Usaha Murni ‘Rider’ Ini Dapat Penghargaan McDonalds

Redah Hujan Lebat Demi Menghantar Pesanan, Usaha Murni ‘Rider’ Ini Dapat Penghargaan McDonalds 1
0
(0)

Redah Hujan Lebat Demi Menghantar Pesanan, Usaha Murni ‘Rider’ Ini Dapat Penghargaan McDonalds 2

Beberapa hari yang lalu, tular di media sosial atas perkongsian tentang seorang penghantar makanan segera McDonalds bahagian Puchong Permai apabila beliau mendapat penghargaan atas kerja keras dalam menggalas tanggungjawab sebagai penghantar makanan.

Pemilik ciapan yang dikenali sebagai Nur Ain Nor Basha ini telah menceritakan bahawa sewaktu kejadian, beliau telah memesan makanan dari McDonalds cawangan Puchong.

Namun, 15 minit setelah membuat pesanan, penghantar makanan yang dikenali dengan Mohamad Shahril Azwan Kamal, hanya mengambil masa kurang dari 30 minit bagi menghantar makanan tersebut.

Sewaktu dihubungi The Vocket, beliau telah menceritakan pengalaman di mana sewaktu kejadian, Mohamad Shahril telah tetap menegas supaya Nur Ain duduk sahaja di dalam rumah walaupun hujan lebat.

Walaupun begitu, ujian Mohamad Shahril tidak terhenti di situ apabila motor yang dinaiki beliau tidak dapat dihidupkan.

“Walaupun kami telah menawarkan beliau dengan pelbagai pertolongan, beliau tetap menolak dan hanya menunggu di hadapan serambi rumah dan tetap berusaha untuk menghidupkan motor beliau.

“Selepas motor beliau berjaya dihidupkan, beliau telah memaklumkan kepada kami yang beliau harus teruskan perjalanan walaupun hujan lebat,” luah beliau.

Pihak McDonalds Memberi Penghargaan

WhatsApp Image 2020-11-19 at 12.57.12 PM

Sumber: Twitter

Menurut Ain, pada awalnya, apabila pihak McDonalds tidak memberi sebarang tindak balas atas ciapan yang diberi, beliau telah membuat perjanjian di mana beliau tidak akan membeli apa-apa produk keluaran McDonalds selama setahun jika tidak diberi penghargaan yang sepatutnya.

Walaupun begitu, selepas beberapa jam berlalu, beliau telah menerima mesej di mana, beliau dimaklumkan yang Mohamad Shahril telah diberi penghargaan namun tidak dapat dikenal pasti nama penghargaan tersebut.

“Terima kasih kerana telah mengemukakan perkara ini dan kami sangat menghargai atas pujian yang diberi. Kami akan memberi penghargaan pada penghantar tersebut atas dedikasi dan komitmen yang telah diberi dalam menjalankan tugas.

“Sekali lagi, kami mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberi,” pesannya.

WhatsApp Image 2020-11-19 at 3.13.13 PM

Sumber: Twitter

Perkongsian tersebut bukan sahaja telah mendapat reaksi positif daripada netizen, malah mereka juga telah menyuarakan pendapat di mana pihak peniaga seharusnya memberi penghargaan pada mereka yang bekerja keras dalam menyiapkan sesebuah tugas.

Hal demikian kerana perkara tersebut dapat menjadi suatu bentuk motivasi dalam menyiapkan sesebuah tugasan.

Kedengaran seperti perkara yang mustahil tetapi walaupun selepas 24 tahun, burger dan kentang goreng Mcdonald masih tidak reput? Klik pada pautan di bawah untuk baca selanjutnya.

Burger Dan Kentang Goreng McDonald’s Ini Tidak Reput Walaupun Selepas 24 Tahun

Difitnah Tawarkan Ayam Goreng Berulat Kepada Pelanggan, McDonalds Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang

Ekonomi Serba Tak Menentu, Burger King Bantu ‘Promosi’ Burger McDonald’s




Redah Hujan Lebat Demi Menghantar Pesanan, Usaha Murni ‘Rider’ Ini Dapat Penghargaan McDonalds 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Show us your support

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?