Infotainment

Redmi K40 Game Enhanced Edition Sah Menggunakan Cip MediaTek Dimensity 1200

Redmi K40 Game Enhanced Edition Sah Menggunakan Cip MediaTek Dimensity 1200 2

Semalam, Amanz telah melaporkan bahawa peranti gaming Redmi akan dilancarkan pada 27 April hadapan. Ternyata perkhabaran mengenai sokongan cip MediaTek Dimensity 1200 yang akan disertakan padanya adalah benar apabila Redmi mengesahkannya menerusi poster acah yang dimuat naik menerusi Weibo.

Pada awalnya, cip ini didakwa setaraf dengan Snapdragon 870. Namun, skor Antutu yang didedahkan melalui poster acah mempelihatkan markahnya mencapai 724,495 yang lebih kurang dengan Snapdragon 888 yang kami uji sendiri di Makmal Amanz.

Di samping itu, siri Redmi K40 juga kini hampir kesemuanya telah dijana dengan cip peranti mercu idaman ramai yang terdiri dengan Snapdragon 888 pada model Redmi K40 Pro. Kemudian, Snapdragon 870 pula pada Redmi K40. Paling terkini, cip MediaTek Dimensity 1200 pula pada peranti gaming Redmi – iaitu Redmi K40 Game Enhanced.

Redmi K40 Game Enhanced Edition Sah Menggunakan Cip MediaTek Dimensity 1200 4

Berbalik kepada peranti gaming Redmi, ia juga kelak akan menggunakan sistem penyejukan berasaskan ruang wap yang besar untuk pengalaman peranti yang optimum. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal diketahui ketika pelancaran rasmi kelak.

Untuk makluman, siri K40 dipasarkan sebagai nama model yang berbeza bergantung kepada sesebuah pasaran. Di Malaysia, Redmi K40 Pro dikenali sebagai Xiaomi Mi 11i. Kemudian, Redmi K40 pula dijenamakan semula sebagai Poco F3. Jadinya, Redmi K40 Game Enhanced ini kelak dijangka diperkenalkan sebagai Poco F3 Pro.

Redmi K40 Game Enhanced Edition Sah Menggunakan Cip MediaTek Dimensity 1200 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo