Infotainment

Rekaan Sony Xperia Pro I Tertiris – Sensor 1″ dan Apertur Lensa Boleh Diubah

Rekaan Sony Xperia Pro I Tertiris – Sensor 1″ dan Apertur Lensa Boleh Diubah 1

Sony akan melancarkan sebuah telefon baharu esok dengan beberapa imej acah memberikan gambaran ia adalah yang terbaik untuk fotografi pada peranti mudah alih. Hari ini rekaan peranti dengan nama Sony Xperia Pro I telah tertiris menerusi ciapan Twitter @nokishita_c dan ia memang amat mengujakan sekali.

Rekaan Sony Xperia Pro I Tertiris – Sensor 1″ dan Apertur Lensa Boleh Diubah
Rekaan Sony Xperia Pro I Tertiris – Sensor 1″ dan Apertur Lensa Boleh Diubah 8

Peranti mempunyai sistem tri-kamera dengan salah satunya dilengkapi dengan sensor sebesar 1″ serta lensa ZEISS. Dengan sensor yang besar ini, ia meletakkan Xperia Pro I setanding dengan Sharp Aquos R6 dan Leica Leitz Phone 1. Terdapat spekulasi sensor 1″ 20MP dari kamera digital Sony RX100 digunakan pada Xperia Pro I.

Rekaan Sony Xperia Pro I Tertiris – Sensor 1″ dan Apertur Lensa Boleh Diubah 3
Rekaan Sony Xperia Pro I Tertiris – Sensor 1″ dan Apertur Lensa Boleh Diubah 9

Lebih menarik ialah lensa utama ini juga mempunyai ciri apertur yang boleh diubah dari f/2.0 ke f/4.0. Ciri ini dahulunya disokong pada peranti keluaran Samsung tetapi kini tidak lagi selepas Samsung mula menggunakan konfigurasi kuad-kamera. Turut dapat dilihat ialah perisian kamera khas untuk tujuan fotografi dan videografi lengkap dengan antaramuka perisian yang sama dengan kamera nircermin Sony Alpha.

Rekaan Sony Xperia Pro I Tertiris – Sensor 1″ dan Apertur Lensa Boleh Diubah 4
Rekaan Sony Xperia Pro I Tertiris – Sensor 1″ dan Apertur Lensa Boleh Diubah 10

Butang pengatup khusus untuk kamera dikekalkan bersama dengan nisbah skrin memanjang 21:9 tahun lalu. Aksesori menarik yang ditawarkan pula ialah skrin tambahan untuk melakukan rakaman VLOG menggunakan kamera utama dan tempat pemegang yang dilengkapi pelbagai butang kawalan kamera.

Spesifikasi lain peranti masih lagi misteri tetapi jelas sekali Sony Xperia Pro I akan menjadi telefon pintar untuk fotografi yang setanding dengan kamera digital keluaran Sony sendiri.

Terima kasih @memeranglaut


Rekaan Sony Xperia Pro I Tertiris – Sensor 1″ dan Apertur Lensa Boleh Diubah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo