Artikel Terkini

Remaja maut kemalangan dengan treler

Remaja maut kemalangan dengan treler
Remaja maut kemalangan dengan treler 1

BUKIT KAYU HITAM – Seorang remaja lelaki maut setelah motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah treler di simpang tiga Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, mangsa, Khairul Shaakmal Khirul Rizal, 16, dari Changlun dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu treler berusia 48 tahun yang memandu dari arah jalan utama membelok secara tiba-tiba ke Temin.

“Semasa membelok, bahagian sisi kiri treler berkenaan dilanggar mangsa yang bergerak dari arah bertentangan.

“Kemalangan mengakibatkan mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku akibat kecuaian pemandu treler yang memasuki simpang secara tiba-tiba.

Tambahnya, polis menahan kenderaan terlibat untuk dihantar untuk pemeriksaan Puspakom dan mengesan saksi bebas di lokasi kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Remaja maut kemalangan dengan treler 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo