Berita

Remaja putus tangan ditetak lelaki mental

Remaja putus tangan ditetak lelaki mental 2

Sibu: Seorang remaja putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak menggunakan parang oleh lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental di sebuah rumah kosong di Lorong 9, Hua Khiew, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian berpunca suspek berusia 59 tahun itu berang apabila mendapati remaja berusia 21 tahun itu tinggal bersama teman wanitanya di sebuah rumah kosong berhampiran rumahnya.

Menurutnya, remaja itu bersama kekasihnya berusia 28 tahun itu dikatakan tinggal di rumah kosong itu sejak dua hari lalu.

“Pasangan itu pulang ke rumah pada 7 malam sebelum menemui serpihan kaca bertaburan di dalam rumah. Tidak lama kemudian suspek datang dengan menunggang motosikal.

“Suspek dalam keadaan marah mengambil parang serta menuduh mereka memecah masuk dan mencuri di rumah itu dan mereka menafikan tuduhan itu.

“Teman wanita mangsa melihat suspek melibas parang ke arah mangsa sebanyak dua kali dan menyebabkan pergelangan tangan remaja itu putus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Stanley berkata selepas kejadian itu, mangsa dan teman wanitanya melarikan diri dari tempat kejadian sebelum membuat laporan serta mendapatkan rawatan di hospital.

“Jiran di sebelah rumah suspek turut melihat lelaki itu melibas mangsa menggunakan parang serta mengejar mangsa menggunakan motosikal. Suspek didakwa kembali ke tempat kejadian membersihkan kesan darah dan beredar.

“Usaha mengesan pergelangan tangan mangsa yang putus dan senjata parang yang digunakan suspek di tempat kejadian telah dilakukan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dengan bantuan anjing K9 namun gagal dipercayai telah dibuang suspek.

“Menurut isterinya, suspek mempunyai masalah mental (kemurungan) sejak empat atau lima tahun lalu namun enggan menjalani rawatan di hospital,” katanya.

Sementara itu, Stanley berkata, mangsa dalam keadaan stabil dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Remaja putus tangan ditetak lelaki mental 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo