Infotainment

Rendah Diri Dan Peramah, Gadis Ini Kongsi Kisahnya Bertemu Sultan Perak Di Kedai Buku

Rendah Diri Dan Peramah, Gadis Ini Kongsi Kisahnya Bertemu Sultan Perak Di Kedai Buku 2

Mempunyai sikap yang rendah diri kerana sering dilihat menjalani hidup seperti orang biasa serta mempunyai latar belakang pendidikan yang hebat, ramai yang sering memuji keluarga diraja ini iaitu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang merupakan Sultan bagi negeri Perak.

Baginda sebelum ini amat terkenal kerana sering menunjukkan sikap keprihatinan yang mendalam terhadap rakyat dan juga terlibat dalam pelbagai kegiatan kebajikan bagi membantu rakyat yang memerlukan.

Seperti perkongsian dari @KahDoubleE di Twitter, di mana beliau telah berkongsikan pengalaman peribadinya sewaktu terserempak dengan Sultan Nazrin dua tahun yang lalu di kedai buku Kinokuniya.

“Ia terjadi sewaktu saya berada di kedai buku Kinokuniya, baginda ingin membeli beberapa buku. Ketika itu baginda dilihat seorang diri tanpa pengawal peribadi. Saya secara tidak sengaja telah terlanggar baginda Sultan Perak.

“Saya telah memohon maaf pada baginda walaupun pada ketika itu saya tidak dapat mengingati nama baginda. Sewaktu itu saya bersama dengan bekas kekasih saya jadi beliau juga mula meminta maaf kepada baginda.

“Yang paling kelakar ialah apabila bekas kekasih saya bersalam dengan baginda dan beliau telah bertanyakan nama bekas kekasih saya (nama bekas kekasih saya adalah Nazrin dan beliau telah dinamakan selepas Sultan Nazrin).

“Anda ingin tahu Sultan Nazrin balas apa selepas itu? Jadi anak anda akan dinamakan dengan Nazrin Yang Ketiga,” kongsinya dalam untaian berkenaan.

Jadi, secara tidak langsung Sultan Perak telah menamakan anak beliau yang belum lagi lahir dan turut menggelar anak tersebut ‘Nazrin Yang Ketiga’ seolah-olah baginda merupakan ayah kepada bekas kekasih beliau.

Menerusi ciapan yang dikongsi, ketika itu Sultan Nazrin bersikap sangat prihatin serta sangat baik bahkan baginda telah meluangkan masa beberapa minit dengan bekas kekasih beliau bagi membincangkan mengenai isu negara.

Turut kongsi pengalaman terserempak dengan Sultan Nazrin

Perkongsian tersebut bukan sahaja telah mendapat maklum balas yang positif daripada rata-rata netizen malah, mereka turut berasa bangga dengan sikap yang ditonjolkan oleh baginda.

Bukan itu sahaja sebahagian daripada mereka turut berkongsi pengalaman peribadi mereka sewaktu terserempak dengan Sultan Nazrin.

“Sultan Nazrin pernah datang di salah sebuah kafe iaitu tempat saya bekerja dan baginda telah memesan karamel asin yang dicampurkan dengan ais.

“Walaupun begitu sewaktu itu kami telah kehabisan karamel asin jadi saya mencadangkan untuk gantikan karamel asin tersebut dengan memasukkan garam? Baginda telah bersetuju dan telah memesan dua lagi air yang sama selepas itu,” kongsi seorang netizen.

“Semasa saya sedang mengandung 37 minggu, 2-3 kali juga pandang pakcik di belakang saya yang tertunduk-tunduk cari buku. Rupa-rupanya pakcik tersebut adalah baginda dan kami sambung mencari buku selepas kejadian tersebut.

“Oh ya saya juga telah namakan anak kedua saya, Zara iaitu seperti nama isteri baginda kerana pengalaman terjumpa baginda,’ kongsi seorang netizen.

“Saya pun sama, pernah jumpa baginda di kedai buku Kinokuniya, KLCC lima tahun yang lalu. Kamera tak berapa jelas lagi dan gambar gegar sebab yang tukang ambil gambar iaitu kawan saya, nervous katanya.

“Masa ini zaman belajar, jadi dia telah mendoakan saya supaya belajar dengan tekun,’ komen netizen.

Baca juga perkongsian kami yang sebelum ini mengenai isu kedai makan tutup jam 8 malam, netizen minta kerajaan buat perubahan pada pautan di bawah.

Isu Kedai Makan Tutup Jam 8 Malam, Netizen Minta Kerajaan Buat Perubahan

Beli Mi Kari Dapat Kuah Laksa, Menu Istimewa Kedai Pak Jabit ‘Real’ Bikin Netizen Terhibur

‘Habis Darurat Belum Tentu Siap’- Telatah Ahmad Maslan Cuci Banjir Buat Netizen Terhibur




Rendah Diri Dan Peramah, Gadis Ini Kongsi Kisahnya Bertemu Sultan Perak Di Kedai Buku 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo