Artikel Terkini

Resepi Semburan Organik Untuk Kawalan Hama, Fungus dan Bakteria Di Kandang

Resepi Semburan Organik Untuk Kawalan Hama, Fungus dan Bakteria Di Kandang 1

Kandang ternakan tidak kira lah kambing, lembu mahu pun ayam merupakan habitat terbaik untuk pembiakan hama, fungus dan lain-lain. Fungus dan hama yang membiak bukan sekadar memberi ancaman kepada ternakan sahaja malah mempengaruhi hasil atau produktiviti ternakan. Lebih parah, ia juga turut mengancam kesihatan manusia.

Oleh itu, langkah kawalan dan pencegahan perlu dilakukan segera sebelum ia bertambah serius. Untuk tujuan ini, kebiasaannya penggunaan racun serangga kimia menjadi pilihan. Pun begitu dalam selangkah ke arah penghasilan makanan “O” bahan kimia atau pencemaran bendasing, apa kata kita cuba hasilkannya secara organik.

Berikut adalah cara untuk menghasilkan semburan kawalan hama, fungus dan pelbagai lagi yang telah disarankan oleh MyBiostar Malaysia

Bahan-bahan:

10 kg (1/4 tong) campuran daun herba seperti serai, akar seruntun, hempedu bumi, daun jambu, daun durian belanda, daun limau purut, halia, bawang putih, lada hitam, sirih, kadok dan lain lain daun herba yang kelat dan pahit.
1 liter cuka makan
1 liter molases dan 1 liter Mybiostar.
3/4 tong air bersih

Peralatan :
Tong peraman kedap udara 50 liter.

Cara :
1. Bahan herba dicincang dan dimasukkan ke dalam tong

2. Isikan air bersih memenuhi 3/4 tong.

3. Masukkan 1 liter Mybiostar, cuka makan
dan di kacau rata.

3. Tambah air bersih hingga hampir memenuhi tong dan kacau rata lagi.

4. Tutup tong dengan kemas dan kedap udara, letak di tempat teduh.

5. Buka setiap hari untuk membuang gas dan kacau mengikut pusingan jam, tutup semula.

6. Proses ini perlu dilakukan selama 1 minggu.

7. Bila dah seminggu, tapiskan air perapan dan simpan di dalam bekas yang lebih mudah untuk disimpan dan digunakan.

8. Tapi, boleh juga Jika mahu biarkan terus terperam dan ambil sebahagian untuk keperluan semburan kandang.

9. Cara untuk menggunakannya adalah campur 1 liter pati perapan tadi bersama 10 liter air bersih tanpa klorin dan sembur pada lantai kandang.

Dengan modal anggaran RM50 anda kini sudah ada 40 liter racun serangga alami yang sesuai diguna untuk mengawal hama dan bakteria pathogen kandang dan sangat kuat untuk digunakan pada tanaman untuk mengawal kulat fusarium yang gemar menyerang pokok pisang dan jagung.

Sumber: MyBiostar Malaysia

Resepi Semburan Organik Untuk Kawalan Hama, Fungus dan Bakteria Di Kandang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo