Berita

Riena Diana kini geng Hot FM

Riena Diana kini geng Hot FM 2

Kuala Lumpur: Pelakon Riena Diana dipilih menjadi penyampai radio terbaru Hot FM sekali bagi melengkapkan trio Geng Pagi Hot (GPH) bersama Fizie dan Mark Adam bermula hari ini di stesen radio popular itu.

Riena atau nama sebenarnya Nur Qamariena Diana Zulreal berkata, dia amat teruja untuk mengembangkan bakat dalam bidang penyiaran.

“Saya sangat teruja kerana dipilih menjadi sebahagian daripada Hot FM kerana saya ingin sentiasa mencuba sesuatu yang baru dalam karier dan mencabar diri sendiri untuk mencungkil bakat yang ada dalam diri.

“Sememangnya, kerjaya sebagai penyampai radio ini sangat mencabar tetapi saya ambil peluang ini untuk mendalami ilmu penyiaran radio. Saya ingin buktikan kepada diri sendiri dan juga semua pendengar bahawa saya mempunyai bakat dalam bidang radio dan pengacaraan.

“Cuma masih banyak yang perlu saya pelajari untuk memastikan kualiti penyampaian itu di tahap yang tertinggi.

Ini juga menjadi platform yang terbaik untuk mengasah bakat sebagai artis serba-boleh,” katanya.

Terdahulu, Riena dijemput sebagai penyampai jemputan di Hot FM beberapa minggu lalu bersama Haziq dan Deen.

Ketua Audiens Melayu, Nik Nor Azura Nik Mahmood berkata, trio terbaharu GPH kali ini pastinya akan memberi kelainan serta menyifatkan ia satu transformasi besar buat Hot FM.

“Seperti yang kami selalu beritahu, Hot FM sentiasa mencari bakat dan muka baru dalam bidang penyiaran radio. Kami dapat lihat potensi dan komitmen Riena sewaktu dijemput untuk menjadi penyampai jemputan bersama Haziq dan Deen.

“Penyampaian Riena sangat bersahaja dan tidak kekok walaupun dia pertama kali ke udara sebagai penyampai radio. Selama dua minggu bersiaran sebagai penyampai jemputan, kami juga melihat Riena mempunyai kebolehan untuk berfikir secara kreatif dan spontan untuk mencetuskan perbualan bersama penyampai lain di udara.

“Riena juga diberi peluang untuk menjalani sesi uji bakat bersama Mark Adam dan Fizie dan dari sesi itu, keserasian mereka wujud dalam masa yang singkat dan ini menguatkan lagi gandingan mereka bertiga untuk terus hiburkan pendengar pendengar. Kali terakhir penyampai wanita ke udara di segmen pagi di Hot FM adalah ketika bersama Fara Fauzana. Jadi, kehadiran Riena di dalam GPH bakal memberi perubahan yang besar buat kami,” katanya.

GPH di Hot FM boleh didengar setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi.

Riena Diana kini geng Hot FM 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo