Berita

Ringgo tulis kisah hidup | Harian Metro

Ringgo tulis kisah hidup | Harian Metro 1

Ringgo tulis kisah hidup | Harian Metro 2

MASA terlalu pantas berjalan dan tanpa disedari 11 November lalu genap 10 tahun penyanyi Fotograf, Shamrin meninggal dunia.

Kesedihan itu masih dirasai pemain dram Fotograf, Sham Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ringgo.

Ringgo berkata, Juara Mimpi adalah album Fotograf yang terakhir sebelum Shamrin bergerak secara solo dalam nyanyian.

“Tahun 1998 berlaku kegawatan ekonomi yang menyaksikan industri muzik agak malap waktu itu.

Shamrin pula terus aktif menyanyi. Dia buat album solo dan menghasilkan beberapa album kompilasi bersama penyanyi rock lain,” katanya.

Ringgo berkata, ketika itu dia aktif sebagai pelukis sebelum kembali bertemu Shamrin pada 2004.

GAMBAR pada 1992 dari kiri Shamrin, Big, Ringgo, Aboll, Mahzan B, Syed dan Elmi.
GAMBAR pada 1992 dari kiri Shamrin, Big, Ringgo, Aboll, Mahzan B, Syed dan Elmi.

Walaupun aktif melukis, Ringgo juga terbabit bermain dan membuat persembahan muzik tradisional bersama rakan-rakan pelukis di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

“Sejak itu Shamrin kerap datang ke studio lukisan. Pada 2006, dia mempelawa saya untuk menghasilkan album baru Fotograf dan saya bersetuju.

Pemain gitar Bloodshed, Opie rapat dengan Shamrin dan dia selalu bersama kami dalam sebarang urusan kerja-kerja muzik,” katanya.

Mereka seterusnya ditawarkan menghasilkan Live & Video Recording lagu-lagu Fotograf oleh syarikat rakaman Nova Music pada 2006.

“Kami juga diundang mengadakan persembahan di Planet Hollywood Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2006 yang turut disertai kumpulan Mega. Persembahan itu amat berjaya dan dari situ kami mula dapat jemputan kembali,” katanya.

RINGGO menziarahi pusara Shamrin.
RINGGO menziarahi pusara Shamrin.

Selepas itu, episod malang menimpa Ringgo apabila ditahan di Penjara El Rodeo 1 di Venezuela kerana menjadi mangsa keldai dadah pada 2007.

“Ketika dalam penjara saya selalu menelefon ahli keluarga dan sempat juga menelefon Shamrin. Dia terkejut apabila saya kata okay dan baik saja dalam penjara ini.

“Shamrin pun ketawa seronok. Memang dia seorang yang suka ketawa. Dia suka berborak dengan saya dan suka dengan lawak saya. Sebelum meletakkan telefon,† Shamrin ada mengucapkan permintaan maaf kalau ada apa-apa salah dan silap,” katanya.

Menurutnya, dia berasa pelik ketika Shamrin mengucapkan kata-kata itu seperti dia tidak akan balik ke Malaysia lagi.

“Saya hairan kenapa dia terlalu risau tak jumpa saya lagi. Sekarang bila dia dah pergi baru saya faham. Rupanya itulah antara tanda-tanda yang dia nak pergi dulu. Alhamdulillah pada Ogos 2010 saya dibebaskan dari penjara, namun saya masih dalam perintah parol dan pasport saya ditahan pihak mahkamah.

“Dari bulan Ogos, September dan November 2010 saya sering ke pejabat Kedutaan Malaysia di Venezuela. Di sana ada bilik perpustakaan dan kemudahan Internet,” katanya.

Sebaik pulang dari kedutaan, Ringgo dihubungi kakitangan di situ memaklumkan mengenai kematian Shamrin.

“Saya yang ketika itu dalam tren yang dipanggil Metro terus terkedu. Tren waktu itu padat dengan orang ramai yang pulang dari kerja. Tak ada ruang untuk duduk bersendirian untuk menghadam berita sedih itu,” katanya.

Ringgo berkata, pengalaman sedih ini akan diterbitkan dalam sebuah buku yang dijangka dikeluarkan pada tahun depan.

Ringgo tulis kisah hidup | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo