Infotainment

Rita Rudaini ‘Beletiaq’ Lagi Pasal Vaksin – ‘Kita Semua Ni Sebenarnya Insan Terpilih’

Rita Rudaini ‘Beletiaq’ Lagi Pasal Vaksin – ‘Kita Semua Ni Sebenarnya Insan Terpilih’
Rita Rudaini 'Beletiaq' Lagi Pasal Vaksin – 'Kita Semua Ni Sebenarnya Insan Terpilih' 1

Isu & Kontroversi

Rita Rudaini ‘Beletiaq’ Lagi Pasal Vaksin – ‘Kita Semua Ni Sebenarnya Insan Terpilih’

Nampak gayanya nama pelakon Rita Rudaini tidak akan sunyi daripada menjadi tumpuan warganet di platform media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Dah Jadi Satu Kerja Aku Nak Basuh Lantai’ – Tak Bagitahu Bungkusan Air Bocor, Rita Rudaini Bengang Dengan ‘Rider’

Artikel Berkaitan: Dr. Rafidah Petik Golongan Antivaksin, Rita Rudaini Bersuara – ‘Tak Semestinya Belajar Tinggi Semuanya Bijak’

Artikel Berkaitan: Netizen Cadang Guru Tak Vaksin Wajib Pakai PPE, Rita Rudaini Bidas – ‘Macam La Korang Tak Boleh Jadi Pembawa’

@pandekarmasdo #novaccineforme #novaccineforcovid19 #hakandahakkitasemua ? original sound – pandekarmasdo

Terbaru, rakaman video siaran langsung yang dilakukan Rita baru-baru ini menjadi topik hangat selepas dikongsikan semula oleh warganet menerusi Twitter dan TikTok.

Dalam video tersebut, pelakon berumur 45 tahun itu dilihat sedang meluahkan rasa tidak puas hati. Antara topik yang diketengahkan adalah mengenai pelakon dan krew yang dijangkiti virus Covid-19 di set penggambaran sedangkan sudah divaksin.

Malah katanya, dia antara insan yang terpilih kerana sehingga sekarang masih tidak mengambil suntikan vaksin.

Macam mana boleh boleh ada kejadian set shooting kena Covid? Covid tu mai dari mana? Ada posmen yang hantar ke? Geram lah ni, benda tu tak logiklah nak buat pelik sangat.

Kita semua ni sebenarnya insan terpilih. Tuhan tu buka mata kita, Tuhan tu tak pilih orang yang pakai lebai ke, pakai jubah ke, orang yang belajar Oxford kat London ke apa semua. Tuhan berkehendak sesiapa saja yang Dia nak buka mata (tentang keburukan vaksin).

Kita patut bersyukur, orang nak kata kita pelik ke tak normal ke, kita rasa hidup kita ni lagi normal daripada hidup orang yang vaksin tu tak normal, dia tak tahu dia kena cucuk, lepas tu lupa, normal ke?

Rita Rudaini 'Beletiaq' Lagi Pasal Vaksin – 'Kita Semua Ni Sebenarnya Insan Terpilih' 4

Dalam pada itu, pelakon filem Anak Mami Junior ini turut mempertikaikan golongan yang sudah divaksin tetapi masih mengenakan pelitup muka sehingga berlapis-lapis ketika berada di luar rumah.

Kata menyelamatkan nyawa, kata untuk antibodi, ha…dah cucuk tu bukalah mask! Jalan pakai mask lagi empat lapis pasal apa? Lepas tu jarak lagi, sembahyang pun jarak pasal apa?

Kalau dah vaksin tu bagus sangat, patutnya nak bezakan orang dah vaksin dan belum vaksin, nak bezakan senang saja, hampa dah cucuk dua dos, dah nak masuk booster, roket semua dah, bukalah mask!

Terdahulu, nama Rita pernah menjadi bualan netizen dalam Twitter apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar Instagram Storiesnya sedang merebus bunga cengkih.

Bagaimanapun, Rita menafikan dirinya antivaksin seperti yang didakwa segelintir pihak hanya disebabkan belum bersedia untuk menerima vaksin Covid-19 sebaliknya menggelarkan dirinya prosafe.

Sumber: TikTok @pandekarmasdo


Rita Rudaini 'Beletiaq' Lagi Pasal Vaksin – 'Kita Semua Ni Sebenarnya Insan Terpilih' 6

The following two tabs change content below.


Rita Rudaini 'Beletiaq' Lagi Pasal Vaksin – 'Kita Semua Ni Sebenarnya Insan Terpilih' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo