Artikel Terkini

Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah AS$102.6 bilion pada 15 Mei 2020

Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah AS$102.6 bilion pada 15 Mei 2020 1

Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah AS$102.6 bilion pada 15 Mei 2020 2

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$102.6 bilion pada 15 Mei berbanding AS$102.5 bilion yang dicatatkan 30 April lalu. 

Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata kedudukan paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa setakat 15 Mei 2020 terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$95.1 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$2.0 bilion), dan lain-lain aset rizab (AS$3.2 bilion).

Aset termasuk emas, pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR, yang berjumlah RM444.05 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM10.03 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM5.75 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.79 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset lain (RM14.89 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM163.80 bilion), mata wang dalam edaran (RM125.41 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM152.91 juta), deposit Kerajaan Persekutuan (RM2.15 bilion), deposit lain (RM15.69 bilion), kertas Bank Negara (RM16.50 bilion), peruntukan SDR (RM7.87 bilion), dan liabiliti lain (RM2.23 bilion).

— BERNAMA



Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah AS$102.6 bilion pada 15 Mei 2020 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link