Berita

RM418 juta tak dituntut | Harian Metro

RM418 juta tak dituntut | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Sebanyak RM418 juta dana tertangguh atau ‘wang menunggu dituntut’ (WMD) tersimpan di Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) sehingga tempoh 30 November lalu.

  Masalah pengagihan data tertangguh atau WMD itu berlaku membabitkan beberapa faktor termasuk perbalahan yang berlaku antara penerima bahagian pusaka serta kes membabitkan kematian berlapis, sekali gus mengakibatkan harta berkenaan tidak dituntut dan diagihkan kepada penerima berhak.

  Jumlah dana terkumpul itu membabitkan 38,439 kes dan ia direkodkan sehingga akhir bulan lalu.

  Jurucakap AmanahRaya berkata, jumlah terkumpul berkenaan adalah membabitkan wang tunai saja memandangkan AmanahRaya hanya menguruskan dana tertangguh dalam bentuk berkenaan.

  “AmanahRaya menguruskan WMD atau dana tertangguh daripada bahagian milik waris yang tidak dapat diserahkan atas sebab-sebab tertentu.

  “Antara punca dana tertangguh ini adalah waris sudah berpindah, alamat yang diberikan tidak tepat, waris tidak dapat dikesan dan juga terdapat kes waris yang dinamakan sudah meninggal dunia.

  “Kami hanya berperanan sebagai pemegang amanah kepada WMD atau dana tertangguh berkenaan sehingga serahan dibuat kepada waris yang sah,” katanya kepada Metro Ahad.

  Jurucakap itu menjelaskan, AmanahRaya hanya menguruskan WMD membabitkan wang tunai saja dan tiada bentuk pewarisan harta selain itu.

  “Wujud juga masalah penyerahan WMD berlaku kerana penerima bahagian pusaka atau amanah atau bayaran pampasan sengaja menolak hak mereka.

  “Mereka tidak membuat tuntutan sama sekali berikutan bahagian yang bakal diterima adalah sangat sedikit atau kecil jumlahnya dan ada juga tidak mengemukakan Surat Kuasa Mentadbir atau perintah bagi membuat tuntutan bayaran,” katanya.

  Jurucakap berkata, AmanahRaya hanya bertindak sebagai pemegang amanah saja dan masalah pengagihan itu dapat diselesaikan jika perancangan pewarisan dibuat lebih awal.

  Menurutnya, masyarakat perlu lebih sedar tentang kepentingan untuk merancang pewarisan lebih awal supaya identiti waris dan maklumat berkaitan waris serta pemegang amanah dapat dibuat.

“AmanahRaya adalah institusi yang dilindungi mengikut Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 dan mempunyai bidang kuasa mentadbir pusaka secara terus sekiranya terdapat isu pertikaian waris dalam mana-mana pentadbiran pusaka.

  “AmanahRaya juga mempunyai bidang kuasa bagi mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir bagi Pentadbiran Pusaka membabitkan harta alih bernilai tidak melebihi RM600,000,” katanya.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melawat laman sesawang menerusi pautan www.amanahraya.my dan menekan butang panel (dana tertangguh) serta melengkapkan butiran diperlukan.

malaysian currency - RM50 isolated on white background
malaysian currency – RM50 isolated on white background

Kos guaman, perbalahan punca wasiat terbiar

Kuala Lumpur: Kos bayaran untuk melantik peguam dan konflik perbalahan untuk agihan harta menjadi faktor utama wujud sejumlah dana yang tidak dituntut oleh institusi tertentu.

Perkara itu didedahkan oleh Pensyarah Kanan, Penyelaras Klinik Guaman, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Malaysia (USIM) Dr Norsuhaida Che Musa menerusi pengalamannya dalam menguruskan klinik guaman bersama orang awam.

Menurutnya, kebanyakan kes yang dirujuk kepada klinik guaman sudah berada pada tahap kompleks iaitu perlu diselesaikan dengan melantik peguam dan kos bayaran guaman tidak mampu untuk dibayar oleh waris.

“Masalah ini wujud apabila pemilik harta berkenaan tidak melantik ‘Wasi’ atau pemegang amanahnya untuk menguruskan harta sebaik pemilik itu meninggal dunia.

“Selain itu, wujud juga pemilik harta yang tidak mengisytiharkan harta miliknya kepada suami atau isteri serta anak-anaknya.

“Contoh, mungkin kereta selama ini isteri atau suami rasa ia milik pasangan mereka sedangkan bukan dan bermacam lagi isu akibat daripada masalah ini,” katanya.

Dr Norsuhaida berkata, sudah menjadi tanggungjawab kepada pemilik harta untuk melantik pemegang amanahnya yang mungkin terdiri daripada kalangan individu yang dipercayai termasuk peguam yang dilantik.

“Langkah pertama yang boleh dibuat adalah pemilik harta perlu menyenaraikan harta serta hutang miliknya untuk memudahkan urusan jika pemilik berkenaan meninggal dunia.

“Kedua, menyenaraikan waris dengan maklumat lengkap seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan mungkin salinan kad pengenalan sebagai dokumen sokongan untuk memudahkan urusan kelak,” katanya.

Beliau berkata, pelantikan pemegang amanah itu seeloknya secara bertulis dan mempunyai hitam putih supaya dokumen berkenaan boleh dipakai atau bagi golongan berkemampuan, boleh melantik peguam untuk melaksanakan urusan pengagihan berkenaan.

RM418 juta tak dituntut | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo