Berita

Rokok seludup RM2.4 juta dirampas

Rokok seludup RM2.4 juta dirampas 2

Kuala Terengganu: Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga merampas sebanyak 17,000 karton rokok seludup bernilai RM2.4 juta dalam Ops Benteng Covid-19, hari ini.

Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Superintendan Mohd Razlan Abdul Manaf berkata, rampasan hasil maklumat orang ramai itu dilakukan selepas pegawai dan anggotanya terserempak dengan sebuah lori ketika melakukan rondaan di Jalan Kampung Tepuh-Batu Rakit, pada 8.15 pagi ini.

Menurutnya, pemandu lori berusia dalam lingkungan 30-an warga tempatan itu cuba memecut kenderaan yang sarat dengan muatan selepas pegawai dan anggota PPM memperkenalkan diri dan mengarahnya berhenti.

“Keengganan pemandu lori memberhentikan kenderaan dipandunya menyebabkan pasukannya terpaksa mengejarnya kira-kira setengah jam sejauh kira-kira 30 kilometer.

“Apabila tiba di kawasan lampu isyarat Jalan Kampung Tepoh, pemandu lori itu secara tiba-tiba membelok ke arah Jalan Tepoh ke Batu Rakit, ” katanya ketika sidang media di pekarangan pejabat Markas Operasi PPM Wilayah Tiga di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Razlan berkata, pemandu lori itu memberhentikan kenderaan dipandunya dibahu jalan dan cuba untuk melarikan diri tetapi berjaya ditahan.

“Pemeriksaan ke atas muatan lori itu menemui 340 kotak yang setiap satunya mengandungi 50 karton yang keseluruhannya berjumlah 17,000 karton rokok seludup disyaki belum lulus Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), ” katanya.

Mohd Razlin berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Rokok seludup RM2.4 juta dirampas 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo