Infotainment

Roku Melancarkan Kotak Set Express 4K+ Dan Streambar Pro – Ubah TV Dungu Jadi Pintar Dengan Sistem Penstriman Tersendiri Roku

Roku Melancarkan Kotak Set Express 4K+ Dan Streambar Pro – Ubah TV Dungu Jadi Pintar Dengan Sistem Penstriman Tersendiri Roku 2

Roku adalah antara produk penstriman popular di Amerika Syarikat. Ia adalah antara terawal membenarkan pengguna di sana mempunyai akses lebih mudah ke Netflix dan juga mengubah televisyen dungu menjadi pintar. Dengan penawaran kotak set seperti Xiaomi yang terhad, Android TV yang kadangkala kemaskini lewat dan sebagainya – Roku menjadi pilihan kerana turut menawarkan beberapa produk mampu milik seperti kotak set, sistem operasi terbina terus dalam televisyen pintar dan yang paling penting ekosistem tersendiri dengan sistem operasi tersendiri.

Terkini, Roku telah melancarkan Roku Express 4K+ iaitu kotak set yang boleh mengubah televisyen dungu menjadi pintar dengan sistem operasi Roku OS 10. Ia adalah pengganti kepada Roku Premiere, yang mana menggunakan cip pemprosesan yang berganda lebih berkuasa, menyokong penstriman 4K HDR10+, DTS DIgital Audio, dan juga datang sekali dengan alat kawalan jauh. Tetapi alat kawalan bukannya versi Pro yang dilancarkan baru-baru ini. Roku Express 4K+ ini juga menyokong Apple AirPlay 2 dan HomeKit, Google Assistant dan juga Amazon Alexa.

Dengan Roku OS 10, Netflix, Hulu, Disney+, YouTube dan banyak lagi lebih mudah diakses dengan laman utama boleh dikustomasi sendiri oleh pengguna. Harga jualan adalah $39.99, iaitu sekitar RM165 sahaja. Manakala Roku Express tanpa sokongan 4K dijual pada harga $29.99, iaitu sekitar RM124.

Roku turut melancarkan Streambar Pro sebagai pengganti kepada Smart Soundbar yang dilancarkan pada tahun 2019. Sama seperti kotak set, yang mana produk ini adalah sound bar dengan Roku OS 10 di dalamnya. Sambungkan pada mana-mana televisyen dungu atau televisyen pintar yang anda suka skrinnya tetapi tidak suka sistem operasinya – untuk mengubah menjadi televisyen Roku. Streambar Pro menyokong penstriman 4K HDR10, port sambungan USB, audio optikal, HDMI 2.0, butang tetapan semula dan juga butang kuasa.

Ia hadir dengan 4x pembesar suara 2.5-inci yang menyokong Dolby Audio. Ia juga hadir dengan mod virtual sound, mod malam, dan beberapa tetapan penalaan untuk pengalaman pendengaran terbaik. Seperti Roku Express 4K+ tadi, AirPlay 2, Google Assistant dan Alexa semuanya disokong. Membezakan produk ini dengan Smart Soundbar adalah saiz keseluruhan 32-inci yang mana sebelum ini hanya 14-inci dengan pemacu audio 1.9-inci.

Harga jualan adalah $179.99, iaitu sekitar RM744. Seperti biasa, semua barangan Roku ini tidak dijual di Malaysia. Pasaran tempatan masih biasa dengan televisyen pintar dengan sistem operasi tersendiri seperti Tizen, WebOS, atau Android TV.

Roku Melancarkan Kotak Set Express 4K+ Dan Streambar Pro – Ubah TV Dungu Jadi Pintar Dengan Sistem Penstriman Tersendiri Roku 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo