Artikel Terkini

Ronaldo didakwa paksa diri ketawa

Ronaldo didakwa paksa diri ketawa
Ronaldo didakwa paksa diri ketawa 1

DOHA – Peminat bola sepak Piala Dunia percaya bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo hanya berpura-pura ketawa ketika rakan sepasukannya, Goncalo Ramos menjaringkan gol ketiga untuk skuad itu dalam perlawanan menentang Switzerland pada pusingan kalah mati di Qatar, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dalam perlawanan peringkat itu, pasukan yang dibimbing oleh Ketua Jurulatih, Fernando Santos menang 6-1 ke atas Switzerland yang mana Ronaldo duduk di bangku pemain simpanan sebelum dia bermain pada separuh masa kedua.

Tempat bekas penyerang Manchester United, Juventus dan Real Madrid itu digantikkan oleh Goncalo Ramos yang berusia 21 tahun tetapi dia berjaya menjaringkan tiga gol dalam perlawanan tersebut.

Walaupun hanya bermain selama 20 minit terakhir, kamera telah menghabiskan banyak masa bagi menunjukkan gelagat Ronaldo yang sebelum itu duduk di bangku simpanan.

Seorang pengguna Twitter menulis: “Ketawa palsu daripada Ronaldo apabila Ramos menjaringkan gol kedua (daripada tiga gol yang dijaringkannya dalam perlawanan itu). Dia pasti marah.”

Seorang lagi pengguna media sosial bersetuju dengannya apabila menulis: “Ronaldo terpaksa ketawa tetapi dia hampir mati disebabkan kemarahan di dalamnya.” – Agensi 


Ronaldo didakwa paksa diri ketawa 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo