Infotainment

Royole Dilaporkan Sudah Berbulan Tidak Membayar Gaji Pekerja

Royole Dilaporkan Sudah Berbulan Tidak Membayar Gaji Pekerja
Royole Dilaporkan Sudah Berbulan Tidak Membayar Gaji Pekerja 1

Royole Flexpai ialah telefon pintar boleh lipat pertama dunia yang muncul beberapa bulan lebih awal daripada Galaxy Fold. Pada awalnya peranti menjadi bahan jenaka kerana ia diubahsuai oleh abang Palbo Escobar menjadi Escobar Phone. Kemudian Royole melancarkan pula model kemas kini serta beberapa peranti konsep yang aneh dengan harapan mendapatkan pelanggan. Tetapi menurut laporan Caixin Global syarikat kini menghadapi masalah kewangan sehingga gaji pekerja tidak dibayar selama beberapa bulan.

Royole Dilaporkan Sudah Berbulan Tidak Membayar Gaji Pekerja
Royole Dilaporkan Sudah Berbulan Tidak Membayar Gaji Pekerja 6

Pekerja biasa tidak dibayar gaji selema dua bulan sementara pegawai keselamatan dan pembersih pejabat pula sudah tidak dibayar selama enam bulan. Syarikat mengalami kerugian besar kerana jualan Flexpai 2 yang tidak memberangsangkan dan panel mereka tidak digunakan oleh syarikat pengeluar yang lain. Dalam laporan yang sama Flexpai berkata mereka sedang cuba mendapatkan dana bagi membayar gaji pekerja di akhir Disember atau penghujung Januari 2022.

Royole ditubuhkan pada tahun 2012 untuk mengeluarkan panel skrin untuk pelbagai peranti. Dari 2017 hingga separuh tahu pertama 2021 syarikat mencatatkan kerugian mencecah RMB 3.2 bilion (~RM 2.13 bilion). Masalah kewangan ini juga menyebabkan penyenaraian syarikat di bursa saham Shanghai telah ditangguh.

Royole Dilaporkan Sudah Berbulan Tidak Membayar Gaji Pekerja 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list