Artikel Terkini

“Rumah dekat LRT, lebih senang buat duit?” – Rizal

“Rumah dekat LRT, lebih senang buat duit?” – Rizal

“Rumah dekat LRT, lebih senang buat duit?” – Rizal 1

Takde siapa yang suka mengadap traffic jam sampai berjam-jam lamanya.

Tapi bagi yang menetap dekat kawasan bandar, memang tak boleh nak elak. Nak tak nak, kena hadap jugak.

Tahu tak? Setiap tahun, kita kehilangan RM5.51 bilion akibat traffic jam yang menjejaskan produktiviti rakyat Malaysia.

Ini bukan jumlah yang kecil. 

Antara jalan penyelesaian untuk masalah ni adalah gunakan servis pengangkutan awam.

Pada pendapat Tok, anda bukan setakat bayar harga rumah semata-mata. Anda juga bayar kemudahan yang ada di sekitar kawasan rumah yang anda beli.

Dan atas sebab ini, banyak rumah yang dekat dengan infrastruktur ini lebih mahal kalau dibandingkan dengan rumah yang takde kemudahan ini.

Ada yang lihat ia sebagai perkara yang perlu dielak, dan ada juga yang anggap ini sebagai lubuk untuk buat duit.

Semua orang ada pendapat masing-masing.

Tapi kalau bercakap bab membeli rumah yang ada booster ni, Tok yakin ramai yang berkongsi pendapat yang sama.

Dah banyak kajian buktikan, nilai rumah yang dekat dengan kemudahan pengangkutan awam lebih senang meningkat berbanding yang takde.

Nak tau lebih lanjut? Jemput hadamkan perkongsian yang Tok baca dekat blog PropSocial ni.

Tak ada satu pun hartanah yang sempurna

Mana-mana rumah yang anda beli pun, takkan ada satu pun yang sempurna dan terjamin dari segi menjana keuntungan.

Tapi kalau tau nak beli rumah yang betul, perkara ni takkan jadi satu masalah buat anda.

Dan dalam pembelian rumah yang ada kemudahan ni, ada pro and cons yang wajib kita pertimbangkan. Kita tengok apa yang tak cons (keburukan) yang ada dulu :

#1 : Sanggup hadap traffic jam yang menggila?

Nak tak nak, kalau korang nak beli rumah macam ni, korang kena ada kesanggupan nak menghadap traffic jam dekat kawasan stesen pengangkutan awam.

Kita ambil contoh LRT. Kebanyakan orang masih akan gunakan kenderaan sendiri untuk ke stesen, walaupun ia hanya ambil masa 10 hingga 15 minit perjalanan.

Nampak sangat ramai yang malas nak bersenam.

Tak salah untuk anda jangkakan traffic jam yang sesak semasa nak ke stesen nanti. Lagi-lagi masa waktu kemuncak.

Sekarang, tanya balik diri sendiri – Sanggup tak nak hadap benda ni?

#2 : Senang terkejut? Rumah itu mungkin tak sesuai untuk anda

Stesen LRT/MRT mula beroperasi seawal 6 pagi, dan perkhidmatan terakhir selewat tengah malam. Anda boleh jangkakan bunyi bising selagi perkhidmatan ini beroperasi.

Itu memang pasti. Sebab tu kalau nak beli rumah, pastikan ia tak berada dekat sangat dengan stesen pengangkutan awam.

Dalam jarak 10 hingga 15 minit berjalan kaki pun, dah okay. Takde la bingit sangat telinga anda tu. Boleh la dapat tidur tanpa gangguan bunyi bising.

#3 : Ada ke view yang cantik?

Kalau nak beli rumah dekat dengan stesen kemudahan awam, maaf, Tok tak janjikan anda boleh dapat benda ni.

Biasanya, memang anda terpaksa tenung struktur konkrit dan besi. Bab pemandangan yang tak sakitkan mata, tak banyak yang Tok boleh ulas.

Nak nampak pemandangan yang penuh dengan pokok dan burung, memang susah nak dapat.

Mungkin anda akan ‘berubah hati’ bila baca 3 poin ini

Rasa macam rumah dekat dengan kemudahan pengangkutan awam, tak best?

Tunggu dulu. Anda tak baca lagi apa kelebihan yang ada. Anda akan rasa 3 poin bawah ini berbaloi kalau dibanding dengan keburukan kat atas tadi.

Yang paling mengancam, poin nombor #3 :

#1 : Mudah terlajak untuk anda ke mana-mana

Dengan kemudahan ini, ramai orang sekeliling boleh nikmati manfaat ini bersama-sama. 

Kadang-kadang, lebih jimat dan efisyen untuk gunakan LRT daripada memandu untuk ke pusat bandar.

Agak tak bijak kalau berdegil nak bawa kereta ke bandar pada waktu kemuncak. Lalu mana-mana pun, confirm anda akan tersekat punya.

Dan ini bergantung jugak kat keutamaan yang anda tetapkan.

Mungkin ada yang nak beli untuk tujuan pelaburan. Yang ni, Tok tak banyak nak tambah. Asalkan anda senang nak sewakan (yang mana demand memang banyak), dah cukup memadai.

Tapi kalau anda nak buat untuk duduk sendiri, pastikan anda kaji dulu apa yang perlu. Pertimbangkan segala pro and cons yang ada sebelum anda beli.

#2 : Nikmati kadar sewa yang cun-melecun!

Apa yang Tok cakap ni berkait rapat dengan poin sebelum ni. Bila dah mudah untuk ke mana-mana, pasti akan ada demand (permintaan) yang baik daripada penyewa.

Dan bila ada permintaan yang tinggi, jelas sekali ia adalah pasaran yang seronok untuk tuan rumah balun.

Bagi mereka (penyewa), menyewa rumah dalam jarak berjalan kaki ke stesen LRT akan menjadi satu kelebihan yang besar.

Nak nikmati kadar sewa yang melecun? Tok ada satu projek yang ada potensi besar sebab berada dalam Kwasa Damansara siap dekat dengan LRT. 

#3 : Jangan terkejut, nilai rumah boleh naik (paling kurang) 2 kali ganda

Ramai ejen dan pelabur hartanah akui perkara ini. Dan semua ini berdasarkan pemerhatian dan kajian banyak pihak.

Dalam kajian mereka, rumah yang terletak dekat sepanjang landasan LRT meningkat 2 kali ganda sejak pengumuman projek itu dibuat.

Ada jugak pelabur dapati, harga rumah akan kekal seperti biasa (atau lebih teruk, menurun) sewaktu pembinaan projek LRT sedang berjalan.

Tapi, semua ini akan berubah apabila kerja-kerja pembinaan selesai nanti. Harga akan meningkat lebih tinggi berbanding biasa.

 Jangan terkejut, nilai rumah boleh naik (paling kurang) 2 kali ganda. Projek hartanah yang Tok nak kongsikan ni ada potensi dan berasda dalam kawasan urban melayu.

Disclaimer : Watak ‘Rizal’ adalah rekaan semata-mata, dengan tujuan untuk memudahkan pemahaman artikel ini kepada umum.

Buat anda yang tengah plan nak beli rumah berdekatan stesen LRT (atau stesen public transportation yang lain), Tok nak anda fahamkan betul-betul dulu perkara ini.

Tok tak nak anda rasa menyesal lepas dah selesai beli rumah tu. Nanti banyak pulak hal. Dan yang paling tak best, anda sendiri yang kena tanggung.

Tok tak jamin yang anda bakal buat untung dengan rumah yang dekat dengan kemudahan ini. Apa-apa pun, buat segala due diligence yang perlu.

Buat anda yang sedang mencari hartanah yang menepati ciri – ciri yang Tok dah share ni, Tok ada satu projek yang sesuai dengan anda. Projek Residensi Suasana @ Damai ini berdekatan dengan 2 stesen MRT. 

Harga pula bermula daripada RM450K. Dari segi kemudahan di sini, anda boleh nikmatinya di 42 ekar Reserve Urban Park. 

Dari segi akses pula, unit hartanah ini berhubung dengan lebuhraya NKVE, LPD, Sungai Buloh – Kepong dan Duke. Senang untuk anda ke mana – mana baik dari segi memandu mahupun menggunakan pengangkutan awam. 

Salah satu kelebihan yang Tok suka tentang projek ini juga mempunyai keluasan 1015 sqt dengan ruang dapur yang besar. Sesuai untuk anda yang ingin duduk sendiri. 

Tak nak terlepas untuk rebut peluang ini? Mohon isikan maklumat anda dalam borang yang disediakan laju-laju.

“Rumah dekat LRT, lebih senang buat duit?” – Rizal 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link