Artikel Terkini

Rumah Lelong: Tips Terbaik Untuk Menang Bidaan!

Rumah Lelong: Tips Terbaik Untuk Menang Bidaan! 1

Rumah Lelong: Tips Terbaik Untuk Menang Bidaan! 2

Artikel ini adalah sambungan dari artikel Persediaan Sebelum Beli Rumah Lelong.

 

rumah lelong

 

Tips Menang Rumah Lelong 1: Malam Sebelum Lelongan

Semak segala dokumen rumah lelong yang perlu di bawa pada hari bidaan.  Semak sama ada segala dokumen pengisytiharan jualan, bank draf, dan lain lain dokumen telah anda siapkan sepenuhnya.  Kepilkan segala dokumen di dalam sebuah fail khas dan jika boleh anda tandakan fail itu sebagai “LELONGAN HARTANAH” agar segala dokumen penting yang anda anda dan bakal anda perlukan tidak akan tercicir atau terkepil di antara dokumen yang tidak sepatutnya. Semak lokasi lelongan dari tempat anda apakah waktu yang sesuai untuk anda mula keluar dari rumah anda.  Anda sudah tentu tidak ingin hadir lewat dari masa yang telah ditetapkan bukan? Lebih penting lagi jika anda terlepas pada sesi waktu pendaftaran untuk para pembida.  Semak rangkaian laluan alternatif selain dari rangkaian laluan utama ke lokasi lelongan, ini memudahkan anda untuk tiba walau anda mengalami kesesakan jalan raya.  Dapatkan waktu tidur yang awal untuk menjamin agar anda dapat bangun awal pada keesokan harinya.

 

Rumah Lelong: Tips Terbaik Untuk Menang Bidaan! 3
Rumah Lelong: Tips Terbaik Untuk Menang Bidaan! 6

Rumah Lelong: Tips Terbaik Untuk Menang Bidaan! 4

 

Tips Menang Rumah Lelong 2: Hari Lelongan

Pastikan anda keluar rumah awal agar dapat mengelakkan kesesekan jalan raya.  Seeloknya jika anda tiba 20 minit awal sebelum waktu pendaftaran dibuka.  Pastikan juga anda tidak tercicir atau terlupa kad pengenalan asal anda.  Pastikan juga bank draf 10% anda bersama anda juga. Sediakan juga wang untuk pendaftaran duti setem jika anda memenangi bidaan nanti.  Jumlah wang duti setem yang perlu dibayar adalah bergantung kepada pelelong, biasanya diantara RM100 hingga RM250.

ANDA DIINGATKAN untuk membawa wang tunai yang berlebihan. Mengapa? Ini untuk membayar baki 10% deposit rumah lelong terbabit mengikut harga akhir pada tawaran lelong tersebut. Sebagai contoh sila lihat kiraan di bawah:

Harga Rizab Jualan:  RM60,000.00
Bank Draf 10%: RM6,000.00
Harga Akhir Selepas Lelongan:  RM78,000.00
Deposit 10% dari Harga Akhir: RM7,800.00

Bayaran Tambahan untuk deposit akhir: RM7,800 – RM6,000 = RM1,000
RM1,000 bayaran secara tunai untuk tambahan bagi bank draf yang telah disediakan.

Gagal untuk menyediakan wang tambahan ini boleh menjejaskan proses anda untuk memiliki rumah lelong yang telah anda bida.  Kerana itulah dari proses awal saya amat menitik beratkan faktor kewangan berkali kali di dalam buku ini agar ianya tidak dipandang rendah oleh para pembeli, pelabur dan pembida yang membuat bidaan. Ini adalah kesilapan yang sering berlaku dan sering menjejaskan peluang mereka yang telah memenangi bidaan rumah lelong. Ada yang menyangka wang lebihan yang harus dibayar boleh dimasukkan ke dalam pembiayaan.  Ada juga yang hadir pada hari bidaan hanya mempunyai kewangan sekadar mencukupi bagi nilai bank draf 10%.  Kerana itulah saya menegaskan sekali lagi, semak kewangan anda berulang kali, semak kekuatan kewangan anda. Anda sendiri yang mampu menilai sejauh mana anda mampu untuk membida dan meneruskan proses selepas bidaan. Walaupun anda membuat pembiayaan sekalipun, faktor wang tunai tidak harus anda ketepikan sama sekali.

Tips 3: Waktu Penentuan

Pendaftaran biasanya akan dibuka seawal jam 8.30 pagi dan akan ditutup sejam selepas itu pada waktu lebih kurang 9.30 pagi.  Daftarkan nama anda sebagai pembida untuk acara lelongan pada hari tersebut.  Segala dokumen yang anda bawa sila serahkan dan tulis nombor perlaksanaan pada sebelah atas kiri sampul surat.  Sampul surat tersebut akan dimasukkan ke dalam peti yang telah disediakan.  Sila dapatkan nasihat dari pelelong sebelum anda mengisi mana mana borang atau menulis nombor perlaksanaan agar tidak berlaku sebarang kesilapan.

 

Tips 4: Simpan ‘Keramahan’ Anda Buat Sementara

Anda sudah selesai membuat pendaftaran. Berlegar sebentar di kawasan pendaftaran sementara menunggu nama anda dipanggil.  Adakah anda seorang yang peramah dan mudah berbual dengan sesiapa? Untuk hari tersebut perlu saya ingatkan anda untuk menyimpan sedikit keramahan anda untuk berbual dengan pembida lain.  Takut takut jika ada mereka yang tidak bertanggungjawab cuba untuk mengambil kesempatan ke atas keramahan anda.  Rahsiakan maklumat hartanah anda dari mereka yang lain kecuali pelelong anda. 

Sekiranya anda harus juga dan terpaksa untuk berbual dengan mereka yang anda rasa merupakan pembida, elakkan dari memberi maklumat rumah lelong dan kemampuan anda.  Jika anda terlalu ramah menceritakan kemampuan anda dan lokasi yang anda ingini, anda mungkin akan mudah ditewaskan di dalam bidaan nanti.  Biarlah lawan anda tidak mengetahui sejauh mana kemampuan anda dan apakah lokasi yang anda ingini. Sekurang kurangnya imej misteri anda itu akan menimbulkan prasangka untuk lawan anda menyaingi bidaan yang anda lakukan nanti.

Tips 5: Pembida, Sila Masuk

Nama anda akan mula dipanggil masuk pada sekitar jam 10 pagi. jika lelongan dilakukan di mahkamah maka anda dan pembida saingan anda akan dipanggil ke hadapan untuk melakukan bidaan.  Perkara wajib yang perlu anda ingat adalah anda perlu untuk mengangkat tangan sekurang kurangnya sekali di dalam waktu pembidaan.  Jika tidak akan disenarai hitam dari melakukan atau terlibat dengan mana-mana bidaan selepas ini selama setahun.  Bidaan akan bermula dengan harga rizab.  Untuk pengetahuan anda terutama bagi mereka yang baru di dalam bidang ini, harga rizab adalah harga yang lebih rendah dari harga pasaran hartanah semasa.

Ada sesetengah pembida yang memasuki lelongan tanpa saingan maka pembida tersebut adalah pemenang bagi bidaan tersebut.  Ini kerana pembida tersebut merupakan pembida tunggal bagi hartanah yang dilelong.  Jarang sekali hal ini berlaku namun jika ia berlaku kepada anda ini merupakan satu perkara yang sangat bertuah di dalam hidup anda. Terlalu ramai pembida juga boleh menyebabkan bidaan meningkat dengan cepat dan terlalu tinggi.  Namun hal ini adalah di luar kawalan pembida kerana sesiapa sahaja boleh mempunyai hasrat atau niat untuk membida sesuatu rumah lelong yang mereka ingini.  Oleh sebab itulah saya menyarankan dari awal untuk meneliti rumah lelong yang anda ingini sehabis mungkin, kerana dari penelitian dan maklumat yang anda perolehi boleh dibuat jangkaan berapa ramaikah pembida yang bakal menjadi saingan anda.

Tips Terakhir: Bersedia & Sabar!

Setiap angkatan tangan yang dilakukan oleh para pembida merupakan permintaan untuk menaikkan harga hartanah yang dilelong mengikut kemampuan pembida.  Harga pada setiap angkatan berbeza mengikut jenis rumah atau hartanah yang ditawarkan.  Kerana itulah anda harus bersedia dengan sebaik mungkin semasa dalam proses pembidaan. JANGAN SESEKALI mengikut nafsu keinginan anda untuk terus membida tanpa memikirkan kemampuan.  Ada yang terlalu mengikut perasaan hingga harga rumah hampir mencecah pada nilai semasa hartanah. Lebih malang lagi jika ianya di luar kemampuan si pembida.

Sabar dalam membuat bidaan kerana jika anda kalah pada bidaan kali ini bukanlah bermaksud wang anda akan lebur, anda masih berpeluang mencuba pada masa akan datang dengan hartanah yang lain pula.  Jangan kerana anda terlalu mengikut perasaan, anda menyusahkan diri anda untuk menyelesaikan segala baki jumlah pembayaran.  Sabar dan tenang dalam membuat bidaan. Tahu di mana potensi dan had kemampuan anda. Anda WAJIB tahu di mana hentian yang patut anda berhenti.  Ini bukanlah bidaan di pasar malam atau di tepi jalan yang boleh anda ikutkan perasaan.  Ini melibatkan nilai wang yang besar, tempoh yang singkat dan kos yang banyak jika tersalah langkah.



Rumah Lelong: Tips Terbaik Untuk Menang Bidaan! 2

Source link