Artikel Terkini

Saarani kekal yakin BN Perak capai sasaran 40 kerusi

Saarani kekal yakin BN Perak capai sasaran 40 kerusi
Saarani kekal yakin BN Perak capai sasaran 40 kerusi 1

GERIK – Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yakin parti pimpinannya di negeri itu akan mencapai sasaran mengusai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Saarani yang ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Azlan Shah di Lenggong berkata, beliau mempunyai keyakinan terhadap sasaran penguasaan DUN tersebut.

Ini berdasarkan tinjauan dilakukannnya malam tadi yang memperlihatkan sokongan orang muda yang pulang mengundi terhadap BN.

“Sudah tentu sangat tinggi. Saya meninjau semalam nampaknya yang balik mengundi orang muda dan bergerak banyak tempat di kawasan Parlimen Lenggong di Kenering, Gerik,

“Memang sambutan orang muda yang balik dari luar memenuhi bilik gerakan BN.

“Jadi saya yakinlah. Kalau itu ditunjukkan di Hulu Perak samalah di tempat lain,” katanya yang ditemui selepas melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat dan kerajaan yang baharu.

Saarani tiba di SMK Sultan Azlan Shah bersama isteri Datin Seri Aezer Zubir  kira-kira pukul 8.07 pagi dan memasukkan kertas undi ke dalam peti pada pukul 8.11 pagi.

Beliau berharap dengan cuaca yang baik pengundi dapat keluar beramai-ramai pagi ini bagi melaksanakan tugas sebagai warganegara yang bertanggung jawab.

Menurut Saarani, cuaca mungkin akan berubah kepada hujan pada sebelah petang seperti yang dialami sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu Saarani yang mempertahankan kerusi DUN Kota Tampan berkata, Perak dalam dalam persiapan yang tinggi dalam menghadapi bencana bajir.

Beliau yang selalu berhubung dengan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa bencana tersebut akan bermula minggu hadapan.

“Seperti biasa sama ada pilihan raya atau tidak seperti yang saya sebut jawatankuasa bencana yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri sentiasa berwaspada.

“Saya pun sentiasa bertanya kepada beliau dan memberi jaminan semua jentera di semua lapisan berada pada kesiapsagaan yang tinggi.

“Sudah tentu kita harap cuaca yang baik ini akan berterusan dan kalau ikut meteorologi yang berlaku banjir ini minggu hadapan,” katanya kepada pemberita.

Saarani berhadapan persaingan tiga penjuru dan ditentang oleh Mohamad Sabri Abdul Manaf (Pakatan Harapan) dan Mohamad Jamil Yahya (PN).

“DUN Kota Tampan mempunyai 14,354 pengundi dengan hanya 39 pengundi awal.

Pada PRU14 Saarani menang di kerusi ini dengan mendapat 5,183 undi dengan majoriti 2,302 undi. Perak mempunyai 59 DUN dan 24 Parlimen.-MalaysiaGazette

 

 

Saarani kekal yakin BN Perak capai sasaran 40 kerusi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo