Berita

Sabrina Ali bertemu jodoh kali ketiga

Sabrina Ali bertemu jodoh kali ketiga 2

Kuala Lumpur: Pelakon Sabrina Ali bertemu jodoh buat kali ketiga dengan lelaki pilihannya, Wanji Aswandi, Sabtu lalu selepas berkenalan pada Ogos lalu.

Sabrina yang juga ibu tiga anak hasil daripada dua perkahwinan lalunya sah menjadi isteri Wanji dalam majlis pernikahan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini.

Pelakon filem Khurafat : Perjanjian Syaitan ini berkata, dia mulanya hanya berkawan biasa dengan suami, tetapi mereka cepat rapat kerana status masing-masing ketika itu yang pernah gagal dalam perkahwinan.

“Saya menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal selama tujuh tahun, manakala suami pula menduda kira-kira sembilan tahun, jadi kami ada pengalaman yang sama.

“Saya tak ambil masa lama cipta kesearasian dalam perhubungan dengan suami selepas kami saling mengenali. Saya sangat selesa dengannya kerana dia begitu memahami,” katanya.

Menurut Sabrina, barang kali juga mereka menceburi bidang kerjaya yang sama iaitu seni menyebabkan mudah untuk saling faham.

Katanya, suaminya adalah pengarah aksi, penyanyi, pelakon, guru silat, penulis skrip dan buku.

Enggan berkongsi lanjut perihal perkahwinannya, Sabrina berkata, dia gembira jika orang tahu status dirinya kini kembali bergelar isteri semula.

Katanya, berapa mas kahwin dan hantaran diterima tidak perlulah diuar-uarkan.

Berbicara majlis resepsi, Sabrina berkata, acara pernikahannya pun kena mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, maka untuk persandingan undengan dia merancang diadakan sebelum Ramadan, tahun depan tetapi semuanya bergantung pada situasi Covid-19.

Sabrina menerusi perkahwinan pertama memiliki seorang cahaya mata perempuan, Ariyana, 13, manakala dua lagi anaknya iaitu Syed Aryan Khan, 9, dan Syed Adrian Khan, 7, daripada perkahwinan kedua.

Sabrina Ali bertemu jodoh kali ketiga 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo