Artikel Terkini

Salah ke pilih bakal pasangan yang celik kewangan? Ini 7 tanda-tanda yang perlu dijauhi.

Salah ke pilih bakal pasangan yang celik kewangan? Ini 7 tanda-tanda yang perlu dijauhi.
Salah ke pilih bakal pasangan yang celik kewangan? Ini 7 tanda-tanda yang perlu dijauhi. 1

Berdasarkan kajian Trend & Faktor Punca Penceraian Rumahtangga di Negeri Selangor memang menunjukkan ada hubung kait yang sangat tinggi antara pendapatan dengan kadar penceraian.

Salah ke pilih bakal pasangan yang celik kewangan? Ini 7 tanda-tanda yang perlu dijauhi. 2
Salah ke pilih bakal pasangan yang celik kewangan? Ini 7 tanda-tanda yang perlu dijauhi. 6

Jadi korang janganlah hukum terus kaum hawa ni mata duitan pula bila diorang nak cari bakal pasangan yang celik kewangan. Yang kaum hawa pula janganlah terlalu memilih sangat nak bakal pasangan yang kaya belaka.

Ingat, yang kaya-kaya ni tak semestinya celik kewangan taw. Boleh jadi yang kaya tu keluarga dia je, si dia tu hanya menumpang je. Sampai bila nak duduk bawah ketiak mak ayah kan?

Korang nak beli rumah pun kaji betul-betul siap buat kira-kira lagi. Maklumlah nak buat komitmen ni sampai 30 tahun. Lagilah bila hal nak kahwin ni. Kita nak pilih pasangan ni bukan 30 tahun je, selama-lamanya taw.

Sebab tu dalam adat kita ada merisik dan bertunang. Masa ni lah kita nak kenal betul ke tidak pilihan kita tu.

Kalau korang masih was-was, panduan yang dikongsikan oleh Tuan Amir Syahir ni.

#1 Asyik merungut pasal masalah ekonomi

Masa kau tengah dating, dia asyik mengeluh pasal kena bayar PTPTN. Cakap PTPTN menipu bagai. Nak suruh kerajaan bagi pendidikan percuma, tapi dia sampah pun buang merata-rata.

Tak salah pun nak merungut pasal masalah-masalah ekonomi yang kita hadapi hari ni. Tapi kalau jenis asyik merungut je tapi tak ada solusi buat apa?

Kalau beginilah perangainya, korang rasa kalau datang masalah selain kewangan pun sama juga tak? Renung-renungkan.

#2 Tidak berfikiran jauh

Bercinta agak lama. Kau ajak jumpa mak ayah kau pun dia mengelak bagai. Kata tak sedia la, segan lah. Kalau masuk 5 tahun bercinta pun tak nampak lagi hala tuju menuju perkahwinan, kau suruh dia “Cintai Sungai Kita” je la.

Tok tak tahu lah betul ke tidak.

Tapi kalau macam ni lah alasannya, Tok rasa dia ni tak serius dan tidak berfikiran jauh. Mudah kata tak matang lah. Kalau lah tak bersedia sekalipun dalam hal kewangan, paling tidak pun apa pelan tindakan nya?

Barulah nampak karisma dan ada sifat kepimpinan yang berfikiran jauh tu. Betul tak?

#3 Buat hutang untuk kahwin?

Merancang untuk membuat pembiayaan peribadi untuk kahwin. Kahwin hanya sekali katanya. Biarlah grand. Barulah bangga sampai anak cucu. Nak update Fb pun senang.

Sudah terang lagi bersuluh, kalau sampai hal kahwin pun nak berhutang, jauh-jauhkan lah.

#4 Tiada prioriti

Selalu menceritakan tentang kereta mewah. Dapat gaji je modify kereta. Dapat gaji je tukar tayar jadi senget terkeluar.

Dia kalau memang ada duit lebihan tak apa.

Tapi kalau jenis cukup-cukup makan je tapi bila dapat gaji terus modify kereta atau motor, memang prioriti ke laut tu. Tak tahu mana satu lebih penting.

#5 Suka buat hutang jahat

Tidak tahu apa itu CCRIS dan CTOS. Kaki berhutang sana sini. Selalu bercinta dengan pinjaman peribadi semata-mata untuk nampak bergaya.

Kita takdelah nak sampai pasangan kita tu jadi tersangat pakar kewangan. Cukup benda-benda asas dia tahu pun dah kira bagus.

Dengan ilmu asas tu lah dapat jamin pengurusan kewangan yang betul walaupun gaji tak besar.

#6 Semua benda nak guna kad kredit

Ada kad kredit sampai tiga, empat keping. Beli tiket wayang pun guna kad kredit, makan dekat kedai hipster guna kad kredit. Padahal hutang kad kredit dah berlambak.

Ada orang memang pandai gunakan kelebihan kad kredit.

Tapi kalau dah sampai empat keping dan sekecil-kecil perkara pun nak guna kad kredit, lebih baik korang selidik betul-betul.

Bunga hutang kad kredit ni korang jangan buat main. Silap hari bulan dengan pasangannya sekali dia heret.

#7 Pinjam duit untuk sara hobi mahal

Selalu guna ayat “Kita kena sama-sama susah dan senang” bila nak pinjam duit kau. Sebab ada kereta import mewah, bayar ansuran tinggi, hobi mahal tak padan dengan gaji. Hisap vape pulak tu memang tengah bulan akan pokai.

Masa bercinta memanglah mudah lentok nak bagi pinjam untuk hobi. Kononnya macam nak manja-manja.

Tapi kalau dah banyak sangat dan kerap nak pinjam, bahaya tabiat ni.

Akhir kata, nak bercinta tu tak salah. Tapi kalau dah bercinta teruk sangat sampai lautan api pun sanggup redah tapi nak kumpul duit kahwin pun tak bersungguh, Tok nasihatkan carilah lain. Ingat, nak hidup berpasangan ni sampai mati. Renung-renungkan.

Salah ke pilih bakal pasangan yang celik kewangan? Ini 7 tanda-tanda yang perlu dijauhi. 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list