Artikel Terkini

Sambut Krismas & Tahun Baru Dengan Sentuhan Bright Skies

Sambut Krismas & Tahun Baru Dengan Sentuhan Bright Skies
Sambut Krismas & Tahun Baru Dengan Sentuhan Bright Skies 1

Sambutan Krismas dan tahun baru 2022 akan lebih bermakna dari tahun sebelumnya. Warna pilihan 2022 yang lebih menyerlah dan menyinar. “Buang yang keruh, ambil yang jernih” mungkin merupakan perumpaan yang menyatukan rakyat Malaysia apabila berkaitan dengan tahun 2021.

Bagi kebanyakan daripada kita, 2021 adalah tahun untuk “tunggu dan lihat” dalam kita menilai semula apa yang paling bermakna buat diri kita: keluarga, rakan-rakan, kediaman dan dunia di sekeliling kita. Namun, ganjaran terbaik datang kepada mereka yang sabar, dan dalam situasi ini, satu-satunya cara untuk mara ke hadapan adalah dengan memandang ke atas.

Ya, ke atas. Pepatah yang mengatakan apabila anda jatuh (ini tidak bermakna kami mengatakan ia benar-benar terjadi kepada anda), satu-satunya jalan yang tinggal adalah untuk memandang ke atas. Walaupun tidak ramai yang mengalami kejatuhan, kita bersama-sama berharap untuk mara ke hadapan dan memandang ke atas, ke langit yang cerah dan tahun baru yang jauh lebih menggembirakan.

Oleh itu, dengan kedatangan Krismas dan Tahun Baru, tiada cara yang lebih baik berbanding memulakannya dengan menghias untuk mengekspresi diri dan mencipta semula ruang peribadi anda. Inilah masanya untuk menghias semula dan memberi sentuhan baharu kepada kediaman anda. Sama ada anda merancang skim warna yang penuh dengan warna merah, hijau dan emas, atau sesuatu yang sesuai sepanjang zaman, kami mempunyai beberapa cadangan untuk mengubah ruang kediaman anda agar dapat bertahan seiring dengan peredaran masa, dan diilhamkan daripada Warna Terbaik 2022 AkzoNobel – Bright SkiesTM dan serta pelengkapnya.

Ruang Tamu
Ruang tamu yang menjadi tumpuan utama dalam sesebuah kediaman adalah tempat di mana semua orang meluangkan paling banyak masa. Sama ada bersama keluarga dan rakan-rakan atau menikmati secawan kopi pada waktu petang – ruang tamu adalah ruang pertama yang menetapkan mood dan suasana kerana ia merupakan titik tumpuan di rumah anda semasa musim perayaan.

Perayaan

Sambut Krismas & Tahun Baru Dengan Sentuhan Bright Skies 2Warna merah lembut AkzoNobel Santa Rosa (10YR 37/143) membantu anda mencetuskan suasana perayaan yang menetapkan mood di ruang semua orang berkumpul dan berinteraksi antara satu sama lain. Dengan musim perayaan yang bakal tiba, perhiasan tambahan seperti pokok Krismas di ruang tamu pastinya akan memeriahkan lagi suasana perayaan.

Moden

Sambut Krismas & Tahun Baru Dengan Sentuhan Bright Skies 4

Krismas tidak bermakna semuanya perlu berwarna merah. Warna hijau adalah satu lagi warna yang menjadi pilihan semasa Krismas. Melambangkan perkembangan dan pembaharuan, warna hijau boleh dikaitkan dengan merapatkan hubungan yang biasanya terjalin di ruang tamu. Warna Creme Brulee (00YY 26/220) dan Pale Clover (30GY 41/173) pula memastikan ruang tamu anda kekal menawan sepanjang masa, sesuai untuk setiap luangan masa bersama yang tersayang.

Ruang Makan
Apabila menghias ruang makan, warna yang terang sesuai sekali untuk digunakan. Ruang makan juga merupakan ruang untuk berinteraksi dan berbual sambil menikmati hidangan, dan oleh itu, ia juga perlu diberi perhatian sewajarnya. Anda boleh memilih warna yang lembut dan menambah hiasan perayaan atau mencuba tema hiasan tradisional Krismas dengan warna merah yang lebih berani.

Perayaan

Sambut Krismas & Tahun Baru Dengan Sentuhan Bright Skies 6

Menyerikan ruang makan dengan warna dapat menambah kemeriahan sesuai dengan suasana perayaan. Sedikit sentuhan seperti warna merah di sekeliling tingkap dapat menaikkan seri, menambah keriangan di ruang yang pastinya dipenuhi kegembiraan. Warna yang dipaparkan pada set ini ialah Rich Blush (29YR 27/355).

Moden

Sambut Krismas & Tahun Baru Dengan Sentuhan Bright Skies 8

Mencari warna yang kelihatan menarik sepanjang masa? Cuba beige! Warna yang dipaparkan pada set ruang ini ialah Brave Beige (00YY 63/067), warna pilihan untuk mereka yang mahukan sentuhan inventif dan memberi inspirasi. Latar cerah yang disuai padan dengan pelbagai blok warna tidak akan kelihatan lapuk dek zaman.

Bilik Tidur
Bilik tidur adalah tempat anda bangun pada waktu pagi dan seharusnya cerah dan ceria untuk memulakan hari dengan baik. Ruang tamu, ruang makan dan dapur sering dihias semasa waktu perayaan, namun bilik tidur biasanya tidak diberi perhatian apabila menata hias ruang untuk memberi nafas baharu.

Perayaan

Sambut Krismas & Tahun Baru Dengan Sentuhan Bright Skies 10
Buat bilik tidur kelihatan segar dan luas dengan tona hijau lembut Khaki Mists (30YY 17/209) dan biru kelabu, Brooding Storm (87BG 27/077) pada dinding dan perkakasan kayu di bahagian bawah, dan gunakan Blueberry Mash (14BB 55/113) di bahagian atas. Ini akan membawa tumpuan ke bahagian atas, memberi ilusi ruang yang lebih tinggi. Warna-warna ini merupakan tona sejuk yang dapat menambah keselesaan di dalam bilik.

Moden

Sambut Krismas & Tahun Baru Dengan Sentuhan Bright Skies 12
Set ruang ini diinspirasi daripada tona sejuk seperti Grey Jeans (45GY 55/052) dan Blueberry Mash (14BB 55/113) yang dapat menaikkan seri dan membuat bilik tidur kelihatan segar. Warna hijau menyerupai daun dari pokok Krismas dan warna biru pula diilhamkan daripada langit yang cerah di pagi Krismas.

Tidak kiralah yang mana satu skim warna menjadi pilihan anda, matlamat utama kami adalah untuk memberi inspirasi kepada anda untuk mentransformasi dan memberi nafas baharu kepada kediaman anda. Dengan kedatangan tahun 2022, inilah masanya untuk mencipta gaya terkini yang lebih segar di rumah anda bagi meraikan tahun baru.

Untuk lebih banyak idea kreatif dan mengetahui lebih lanjut tentang palet warna dan menerokai lebih banyak warna dari Dulux, sila layari www.dulux.com.my atau https://www.akzonobel.com/en/about-us/initiatives/color-of-the-year-2022.

Sambut Krismas & Tahun Baru Dengan Sentuhan Bright Skies 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo