Infotainment

‘Sampai Mati Aku Tak Akan Jumpa Perempuan Macam Dia’ – Shuk Sahar

‘Sampai Mati Aku Tak Akan Jumpa Perempuan Macam Dia’ – Shuk Sahar
'Sampai Mati Aku Tak Akan Jumpa Perempuan Macam Dia' – Shuk Sahar 1

Isu & Kontroversi

'Sampai Mati Aku Tak Akan Jumpa Perempuan Macam Dia' – Shuk Sahar 2

Sebelum ini, pelawak dan pengacara sensasi iaitu Shuk Sahar menafikan video viral seorang lelaki yang hanya memakai tuala di dalam sebuah bilik hotel bukanlah video baharu seperti yang didakwa sebaliknya itu adalah video lama yang baru dimuat naik. Difahamkan, Shuk dan isteri juga telah membuat laporan polis berhubung isu terbabit.

Artikel Berkaitan: ‘Tengok Badan Pun Dah Tahu Siapa..’ – Shuk Report Polis Isu Video Tak Pakai Baju

Artikel Berkaitan: ‘Aku Buka Semua Hari Ni Sebab…’ – Wanita Didakwa Muat Naik Video Mirip Shuk Serah Segalanya Kepada Allah

Artikel Berkaitan: Wanita Muat Naik Video Lelaki Mirip Suami Dekat Bilik Hotel, Ini Respon Isteri Shuk

Terbaru, Shuk menerusi satu sesi live di Instagram sempat meluahkan rasa terkilan selain mempersoalkan mengapa wanita terbabit mengungkit kembali perkara itu sedangkan ianya adalah kisah lama.

'Sampai Mati Aku Tak Akan Jumpa Perempuan Macam Dia' – Shuk Sahar 4

Berdasarkan live Shuk Sahar, dia mengaku sudah menerima ‘balasan’ daripada perbuatannya sehingga membuatkan dirinya kehilangan kerjaya sebagai dj radio dan menurutnya kemungkinan ini adalah musim terakhir dia bergelar sebagai pengacara dalam sebuah program realiti televisyen.

Aku pun dah tak tahu ada lagi ke stesen nak ambil aku setelah berlaku macam tu. So aku dah hadap part aku. So aku harap, dia akan ada part masing-masing lah. Baru benda tu adil kan.

Sementara itu, di ruangan komen, ramai netizen mendesak Shuk supaya berubah dan kembali ke pangkuan isterinya. Shuk juga seperti keliru apa ‘perubahan’ yang perlu dilakukan lagi sedangkan dia kini memang sudah pun bersama isterinya. Oleh itu, dia berharap agar orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

Korang nak saya berubah jadi apa ni? Kenapa nak suruh saya berubah lagi. Saya dah tak tahu nak berubah jadi apa dah. Yang suruh saya berubah ni, nak saya berubah jadi apa.

'Sampai Mati Aku Tak Akan Jumpa Perempuan Macam Dia' – Shuk Sahar 6

Sementara itu, Shuk menyifatkan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali dengan nama Serra adalah seorang wanita yang sangat kuat kerana mampu menghadapi pelbagai dugaan selama empat tahun. Shuk mengakui bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri seperti Serra. Meskipun tempoh perkenalan mereka singkat tetapi Allah SWT telah mengaturkan yang terbaik buat dirinya dan Serra.

Kalau cakap pasal Serra ni, aku rasa sampai mati pun aku takkan jumpa perempuan macam dia. Dia hadap dengan aku benda ni selama empat tahun dan dia masih ada dengan aku, teman aku. Aku bersyukur aku dapat berjumpa dengan Serra. Aku cuma  kenal dia enam bulan, kitaorang bercinta enam bulan then kahwin.

Yang ada orang pertikaikan, kenapa dengan bini aku enam bulan kenal terus kahwin. Kenapa dengan orang lain kenal empat tahun pun tak boleh kahwin. Mungkin sebab itu lah, Allah dah tentukan siapa yang terbaik untuk kita. Dalam enam bulan tu, Allah dah bagi aku jumpa orang yang terbaik dan aku rasa aku takkan dapat ganti yang lebih baik daripada Serra.

Bayangkan, seorang wanita bergelar isteri mampu mengharungi ujian seberat ini serta sanggup mengetepikan perasaan dan egonya supaya dapat menyelamatkan rumah tangga bersama suami.

Sumber: Shuk Sahar


'Sampai Mati Aku Tak Akan Jumpa Perempuan Macam Dia' – Shuk Sahar 8


'Sampai Mati Aku Tak Akan Jumpa Perempuan Macam Dia' – Shuk Sahar 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo