Infotainment

Samsung Galaxy A13 4G Mungkin Hadir Dengan Cip Exynos 850

Samsung Galaxy A13 4G Mungkin Hadir Dengan Cip Exynos 850
Samsung Galaxy A13 4G Mungkin Hadir Dengan Cip Exynos 850 1

Baru-baru ini, Samsung telah hadir dengan penawaran baru untuk siri Galaxy A mereka. Melaluinya, Samsung Galaxy A13 5G telah diperkenalkan dengan janaan cip MediaTek Dimensity 700, sekaligus dikatakan menjadi peranti dengan sokongan 5G terbina mampu milik dalam portfolio berkenaan setakat ini.

Samsung Galaxy A13 4G Mungkin Hadir Dengan Cip Exynos 850
Samsung Galaxy A13 4G Mungkin Hadir Dengan Cip Exynos 850 7

Dalam perkembangan terkini, Samsung dikatakan bakal hadir dengan versi 4G pula untuk model berkenaan. Sebuah peranti misteri Samsung dengan nombor model SM-A135F telah ditemui di laman penanda aras Geekbench. Ia menunjukkan peranti akan dijana oleh cip Exynos 850, memori 3GB RAM dan menjalankan Android 12.

Ini adalah cip 4G yang diperkenalkan tahun lalu dengan teknologi 8nm. Ia juga dilengkapi lapan teras kesemuanya dengan CPU Cortex-A55 bersama GPU Mali-G52. Di samping itu, ia juga adalah cip yang sama digunakan pada beberapa peranti Samsung terdahulu seperti Galaxy M12, Galaxy Xcover 5 dan lain-lain.

Samsung Galaxy A13 4G Mungkin Hadir Dengan Cip Exynos 850 3
Samsung Galaxy A13 4G Mungkin Hadir Dengan Cip Exynos 850 8

Terdapat ura-ura mengatakan ia mungkin akan dilancarkan sebagai Samsung Galaxy A13 4G kelak. Menurut spekulasi awal, peranti ini akan dilengkapi skrin sejenis LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dijangka hadir dengan beberapa varian memori dan disertakan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 15W. Tidak habis disitu, ia juga dijangka hadir dalam beberapa minggu akan datang.

Sumber : GSMArena

Samsung Galaxy A13 4G Mungkin Hadir Dengan Cip Exynos 850 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list