Berita

Santa Claus perlu pakai pelitup muka Krismas ini

Santa Claus perlu pakai pelitup muka Krismas ini 1

Santa Claus perlu pakai pelitup muka Krismas ini 2

Rome: Santa Claus mendapat kebenaran khas untuk mengedarkan hadiah kepada kanak-kanak dengan syarat ia memakai pelitup muka.

Malah, kanak-kanak juga disarankan menyediakan cecair pensanitasi tangan untuk kegunaan Santa Claus.

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte berkata, pihaknya menyediakan permit khas untuk Santa Claus bagi meredakan kebimbangan kanak-kanak di Itali yang risau ia tidak muncul tahun ini kerana sekatan perjalanan.

“Santau Claus memberikan jaminan bahawa dia sudah memiliki sijil perjalanan antarabangsa dan boleh ke mana-mana saja untuk mengedarkan hadiah kepada semua kanak-kanak seluruh dunia,” katanya dalam catatan di Facebooknya.

Beliau memberi maklum balas berkenaan selepas menerima surat daripada seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Tommaso yang merayu kepadanya untuk tidak menghalang ‘Babbo Natale’ iaitu panggilan bagi Santa Claus di Itali.

“Santa meyakinkan saya bahawa dia akan selalu memakai pelitup muka dan memastikan jarak selamat untuk melindungi dirinya dan orang lain,” katanya.

Conte berkata, dia menyarankan kanak-kanak itu untuk menyediakan sebotol cecair pensanitasi tangan di bawah pokok Krismas bersama biskut dan susu suam.

“Saya juga sudah memaklumkan kepada Santa bahawa kamu (Tommaso) seorang budak yang baik.

“Kamu juga meminta Santa menghilangkan Covid-19 ini. Jangan lupa meminta hadiah untuk diri kamu,” katanya.

Itali, negara Eropah pertama yang dilanda Covid-19 pada awal tahun ini, telah mencatat lonjakan kes dalam beberapa minggu terakhir dan merekodkan lebih satu juta jangkitan.

Beberapa jenis sekatan telah dilaksanakan di seluruh negara dan di peringkat tempatan, bergantung pada keadaan kesihatan di wilayah berbeza.

Santa Claus perlu pakai pelitup muka Krismas ini 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo