Infotainment

“Saya Dah Tak Sesuai Berlakon Cinta Tiga Segi, Rebut Lelaki”

"Saya Dah Tak Sesuai Berlakon Cinta Tiga Segi, Rebut Lelaki" 2

“Saya Dah Tak Sesuai Berlakon Cinta Tiga Segi, Rebut Lelaki”

Sudah bergelar isteri dan ibu, pelakon Nur Fazura berkata dia sudah tidak sesuai melakonkan watak percintaan tiga segi serta wanita yang berebut lelaki.

Kini lebih memilih watak untuk dilakonkan, Fazura berkata dia tertarik jika mendapat peluang menjayakan watak lebih ke arah perjuangan dan semangat kental seorang wanita.

BACA: Komen Jangan Rentas Negeri, Fazura Nafi Sindir Sesiapa

“Buat masa ini, memang saya belum ada menjayakan aktiviti penggambaran drama. Tapi, tawaran untuk berlakon yang datang, ada banyak. Cuma, jalan cerita watak akan dilakonkan itu saya rasa sudah kurang sesuai untuk dibawakan.

“Kisah cinta tiga segi tak sudah, menangis lagi kerana lelaki, saya rasa dah tak perlu dilakonkan lagi. Apapun, saya akui ada tertarik dengan tawaran jalan cerita dan watak diberikan pengarah, Michael Ang untuk drama terbarunya nanti,” katanya.

Bagaimanapun, Fazura berkata dia tidak boleh berlakon seperti dahulu dan keutamaannya kini tertumpu kepada anak Nur Fatima Aisya, kini berusia enam bulan.

“Saya dah tak boleh bekerja macam dahulu. Kalau ‘call time’ penggambaran jam 6 pagi dan habis pula jam 1 pagi, saya memang tak boleh terima. Jadi, kalau ada produksi yang boleh ikut masa saya, Insya Allah akan dipertimbangkan.

“Bagi saya, terserah pada rezeki Allah. Kalau ada, terima, asalkan tidak mengganggu masa bersama Fatima. Untuk stamina bekerja, saya memang tiada masalah kerana sangat suka bekerja. Tahun lalu pun, beberapa hari sebelum bersalin, saya masih lagi bekerja,” katanya.

Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah Amin pada 27 November 2017. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Fatima pada 2 Oktober tahun lalu.



"Saya Dah Tak Sesuai Berlakon Cinta Tiga Segi, Rebut Lelaki" 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo