Infotainment

“Saya Gementar Semalam Sampai Lupa Nak Tanggalkan Vape”

"Saya Gementar Semalam Sampai Lupa Nak Tanggalkan Vape" 1

"Saya Gementar Semalam Sampai Lupa Nak Tanggalkan Vape" 2

Akui cuai apabila membawa beberapa rokok elektronik atau vape ketika menjadi penyampai anugerah di Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (ABPBH33) semalam, Shaheizy Sam memohon maaf di atas kekhilafannya itu.

Gementar dengan situasi norma baharu yang lengang sehingga terlupa untuk menanggalkan vape dilehernya, Sam menegaskan ia bukan salah pihak penganjur dan pada masa sama dia memang kerap membawa vape bersama.

BACA: Shaheizy Sam Dikecam Gantung Vape Di Leher Ketika ABPBH

“Saya minta maaf kerana saya sendiri yang cuai. Bukan salah pihak penganjur ABPBH33 atau TV3. Semalam, saya berada dalam keadaan gementar sebab situasi norma baharu yang lengang membuatkan saya lupa untuk alihkan vape.

“Saya memang sentiasa membawa vape yang banyak kerana jika salah satunya kehabisan bateri, saya ada pengganti. Tak sangka pula saya boleh terlepas pandang,” katanya kepada Harian Metro.

Sudah menggagak perkara itu pasti akan mencetuskan kontroversi, Sam berkata dia sedar mengenai vape yang tergantung di lehernya selepas selesai menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyampai anugerah.

“Apabila turun dari pentas, baru saya perasan yang saya membawa vape. Waktu itu, saya sudah terfikir dan boleh mengagak kalau perkara ini akan menimbulkan isu.

“Hari ini, saya dimaklumkan oleh ramai orang mengenai perkara itu dan saya muat naik video permohonan maaf di Instagram untuk menjelaskan kesilapan yang saya lakukan semalam,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi Instagram Sam turut memuat naik video berdurasi 1 minit 37 saat memohon maaf kepada pihak penganjur dan TV3.



"Saya Gementar Semalam Sampai Lupa Nak Tanggalkan Vape" 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo