Infotainment

“Saya Nak Pindah Tak Pakai Duit Orang Pun” – Nourul Depp Kesal Dikecam Dek Bakal Berhijrah Ke Bali

“Saya Nak Pindah Tak Pakai Duit Orang Pun” – Nourul Depp Kesal Dikecam Dek Bakal Berhijrah Ke Bali

“Saya Nak Pindah Tak Pakai Duit Orang Pun” – Nourul Depp Kesal Dikecam Dek Bakal Berhijrah Ke Bali 1

Selepas lama mendiamkan diri, Nourul Depp akhirnya mendedahkan bahawa keluarganya akan berhijrah ke Bali, Indonesia pada pertengahan Julai nanti.

BACA: Demi Pendidikan Dan Masa Depan Anak-Anak, Nourul Depp Kongsi Bakal Berhijrah Ke Bali

Pun begitu, sepertinya terdapat segelintir individu yang dilihat mengecam keputusan yang dibuat oleh penyanyi tersebut. Disebabkan oleh respon negatif yang diterima, Nourul telah meluahkan perasaan kecewanya.

“Saya nak pindah tak pakai duit orang pun. Saya hanya buat hal sendiri tapi dikecam seperti sudah menyusahkan orang lain. Saya jadi sangat sedih apabila dihina dan dikecam teruk. Saya tak kacau hidup orang atau minta tolong mereka kemaskan barang saya pun.”

Oleh kerana respon sebegini, wanita itu memilih untuk meninggalkan Malaysia tanpa memberikan sebarang kenyataan lagi selepas ini.  Sudahlah penat menguruskan hal perpindahan, pastinya dia berasa hampa apabila dikecam seperti ini.

“Sudahlah saya kena hadap pelbagai cabaran untuk proses berhijrah ini dan kelam kabut uruskan hal-hal lain, tapi bila dengar komen-komen negatif saya terus rasa tak nak kongsi lagi.”

Tambah Nourul lagi, dia memahami perasaan masyarakat yang bercampur-baur dek terpaksa mengharungi pandemik COVID-19 sampaikan berasa tidak senang dengan perkongsiannya.

nourul depp dan suami

Dalam pada itu, wanita itu mendedahkan bahawa mereka akan ke Bali selepas permohonan visa diluluskan selain selesai mendapatkan suntikan vaksin kedua.

“Anak-anak akan mulakan sesi persekolahan pada bulan Ogos ini. Lagipun kami sudah membuat bayaran penuh, jadi perlu ke Bali bulan depan dan lalui proses kuarantin dan prosedur lain.”

Bukan sahaja mendaftarkan anak ke sekolah yang bagus, Nourul menjelaskan bahawa mereka berpindah kerana suaminya, Eric Daniel Depp yang sudah bersara dan tiada komitmen kerja.

Semoga urusan Nourul dan keluarga untuk berhijrah berjalan dengan lancar.





PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



“Saya Nak Pindah Tak Pakai Duit Orang Pun” – Nourul Depp Kesal Dikecam Dek Bakal Berhijrah Ke Bali 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo