Infotainment

‘Saya Nampak Ramai Orang Cedera Dan Meraung’ – Mangsa Kongsi Pengalaman Terlibat Kemalangan LRT

‘Saya Nampak Ramai Orang Cedera Dan Meraung’ – Mangsa Kongsi Pengalaman Terlibat Kemalangan LRT

'Saya Nampak Ramai Orang Cedera Dan Meraung' – Mangsa Kongsi Pengalaman Terlibat Kemalangan LRT 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Tarikh 24 Mei 2021 merupakan ‘hari hitam’ buat perkhidmatan LRT sejak 23 tahun apabila satu kemalangan terjadi melibatkan dua buah tren telah mengakibatkan 116 penumpang cedera, manakala 47 orang lagi cedera parah.

Kemalangan tersebut berlaku berhampiran Stesen KLCC pada pukul 8.45 malam membabitkan tren dari Gombak dipandu secara automatik membawa 213 orang penumpang dengan sebuah lagi tren kosong yang mempunyai pemandu dari Kampung Baru.

Beberapa pengguna LRT yang terlibat dalam kemalangan telah berkongsi pengalaman mereka melalui ciapan di Twitter. Situasi pada malam itu penuh dengan panik, trauma dan kecederaan sana-sini di dalam LRT tersebut.

“Saya nampak ramai orang cedera dan meraung”

Menurut salah seorang mangsa, beliau telah masuk ke dalam Tren bernombor 40 sekitar pukul 8.10 malam, namun tren tersebut tidak bergerak dalam tempoh 10 ke 15 minit. Beberapa minit kemudian, setelah tren mula bergerak dan secara tiba-tiba tren berhenti mengejut menyebabkan ramai penumpang terpelanting dan terhempas ke lantai tren.

Setelah 10-15 saat, beliau membuka mata dan mula perasan ramai orang sudah pengsan dan mengalami kecederaan. Ada juga mangsa yang meraung akibat trauma dan kesakitan. Beliau juga ternampak ada juga mangsa dalam keadaan panik cuba membuka pintu untuk keluar dari tren.

Ketika itu, beliau sudah mula overthinking dan merasakan mangsa-mangsa yang lain turut berfikiran yang sama kerana semua orang sudah panik dan gelisah sambil menunggu bantuan sampai.

“Kalau meletup ni macam mana.. Ke terbakar,” kata beliau yang terbaring lemah di lantai.

Beliau masih lagi teringat-ingat keadaan mangsa yang patah hidung, muka berkelumuran darah terkena kaca ketika itu. Kini Qyrie masih dalam proses untuk pulih dari trauma yang beliau alami ekoran kemalangan dahsyat tersebut.

“Saya berasa sedih lihat seorang pak cik susah bernafas”

Menurut seorang lagi mangsa , ramai penumpang yang sedang duduk terpelanting mengenai penumpang lain yang sedang berdiri ketika itu, manakala penumpang yang sedang berdiri pula terpelanting sesama sendiri.

Impak pelanggaran dua buah tren itu juga menyebabkan cermin pada kedua-dua bahagian kiri dan kanan tren pecah lalu mencederakan penumpang yang berhampiran.

Setelah terperangkap hampir 30 minit, operator Rapid memberikan kebenaran untuk keluar daripada tren menggunakan laluan bawah tanah. Pasukan penyelamat telah pun bersiap sedia di stesen LRT KLCC bagi memberikan rawatan kepada semua mangsa yang cedera.

Menurutnya lagi, beliau dapat lihat ramai mangsa cedera dan cedera parah, bahkan ada juga yang terus pengsan tidak sedarkan diri ketika operasi menyelamat berjalan kira-kira satu jam.

Lim Mahfudz bersyukur kerana dirinya tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Namun tragedi pada malam itu menjadi igauan ngeri yang beliau tidak pernah sangkakan akan berlaku di dalam hidupnya.

Takziah diucapkan kepada semua mangsa yang terlibat dalam tragedi kemalangan tren yang berlaku baru-baru ini. Semoga semua mangsa segera pulih seperti sediakala.

Ribuan terima kasih turut diucapkan kepada semua petugas yang bertungkus-lumus menyelamatkan semua mangsa cedera dan terperangkap di dalam tren pada malam kejadian.

Anda boleh baca lagi artikel-artikel yang kami kongsikan mengenai kemalangan LRT paling teruk ini melalui pautan di bawah.

Pemandu ‘Cuai’ Bawa Salah Arah Jadi Punca Kemalangan – Menteri Pengangkutan

Netizen Tidak Setuju Mangsa Kemalangan LRT Hanya Diberikan Pampasan RM1,000

Tular Isu Perlanggaran LRT, Peguam Ini Jelaskan Hak Sebagai Penumpang Yang Terlibat



'Saya Nampak Ramai Orang Cedera Dan Meraung' – Mangsa Kongsi Pengalaman Terlibat Kemalangan LRT 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo