Artikel Terkini

SC Akan Laksana Dua Mekanisme Kawalan Bagi Memastikan Bursa Malaysia Tak ‘Terkejut’ Dengan Kejatuhan

SC Akan Laksana Dua Mekanisme Kawalan Bagi Memastikan Bursa Malaysia Tak 'Terkejut' Dengan Kejatuhan 1

SC Akan Laksana Dua Mekanisme Kawalan Bagi Memastikan Bursa Malaysia Tak 'Terkejut' Dengan Kejatuhan 2

Bermula dari 20 Julai 2020 sehingga 18 Januari 2021, Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan melaksanakan mekanisme kawalan sementara bagi meningkatkan kestabilan pasaran saham.

Ianya dibuat sebagai langkah berjaga-jaga sempena wabak Covid-19 yang belum lagi berkesudahan dan kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia.

Dua langkah kawalan tersebut adalah:

1. Limit Down ditetapkan pada paras maksimum 15% dan RM0.15 bagi saham-saham FBM KLCI

SC Akan Laksana Dua Mekanisme Kawalan Bagi Memastikan Bursa Malaysia Tak 'Terkejut' Dengan Kejatuhan 3
SC Akan Laksana Dua Mekanisme Kawalan Bagi Memastikan Bursa Malaysia Tak 'Terkejut' Dengan Kejatuhan 10

Bagi saham yang berharga di atas RM1.00, maka Limit Down berada pada paras 15%, berbanding 30% sebelum ini.

Bagi saham yang berharga di bawah RM1.00, maka Limit Down berada pada paras RM0.15, berbanding RM0.30 sebelum ini.

Senarai Top 30 FBM KLCI Setakat 13 Julai 2020 Berdasarkan Market Cap

SC Akan Laksana Dua Mekanisme Kawalan Bagi Memastikan Bursa Malaysia Tak 'Terkejut' Dengan Kejatuhan 4
SC Akan Laksana Dua Mekanisme Kawalan Bagi Memastikan Bursa Malaysia Tak 'Terkejut' Dengan Kejatuhan 11

Kalau dilihat kepada senarai terkini FBM KLCI, tiada saham yang berharga di bawah paras RM1.00. Semuanya ‘mahal’ belaka.

Baca: Apa Itu FBM KLCI? Hari-Hari Keluar Suratkhabar Dan TV

2. Dua Tahap Pemutus Litar atau ‘Circuit Breaker’

SC Akan Laksana Dua Mekanisme Kawalan Bagi Memastikan Bursa Malaysia Tak 'Terkejut' Dengan Kejatuhan 5
SC Akan Laksana Dua Mekanisme Kawalan Bagi Memastikan Bursa Malaysia Tak 'Terkejut' Dengan Kejatuhan 12

Circuit Breaker bermaksud dagangan akan digantung sementara atau pun digantung sepenuhnya. Ia akan diaktifkan secara automatik apabila FBM KLCI merosot 10% dan 15% daripada paras penutup pada hari sebelumnya.

Dulu kita ada tiga tahap iaitu 10%, 15% dan 20% – sekarang kita hanya ada dua tahap sahaja.

SC Akan Laksana Dua Mekanisme Kawalan Bagi Memastikan Bursa Malaysia Tak 'Terkejut' Dengan Kejatuhan 6
SC Akan Laksana Dua Mekanisme Kawalan Bagi Memastikan Bursa Malaysia Tak 'Terkejut' Dengan Kejatuhan 13

Baca: Apa Itu Circuit Breaker Dalam Saham?

Apa Kita Boleh Buat Bila Limit Down Atau Circuit Breaker Ini Diaktifkan?

Bila Limit Down atau Circuit Breaker terjadi, pertama sekali kena bawa bertenang dan kawal emosi masing-masing. Cari maklumat dan ambil tahu kenapa ianya berlaku.

Adakah ianya sebab spekulasi atau panik yang melampau? Apa kata pakar-pakar pelaburan pula?

Bila dah tahu apa puncanya, boleh kita buat plan yang sewajarnya. Masa inilah kita tentukan nak Cut Loss, bagi mereka yang tak sempat nak cut loss; nak pergi bercuti bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang pegangan; atau nak makan popcorn sambil tengok apa yang terjadi dan reaksi pasaran.

Sumber: Laman Web SC

SC Akan Laksana Dua Mekanisme Kawalan Bagi Memastikan Bursa Malaysia Tak 'Terkejut' Dengan Kejatuhan 7
SC Akan Laksana Dua Mekanisme Kawalan Bagi Memastikan Bursa Malaysia Tak 'Terkejut' Dengan Kejatuhan 8

SC Akan Laksana Dua Mekanisme Kawalan Bagi Memastikan Bursa Malaysia Tak 'Terkejut' Dengan Kejatuhan 2

Source link