Berita

Sebelum ini jurutera, kini bidan moden

Sebelum ini jurutera, kini bidan moden 2

Sepang: Dia pernah menjadi jurutera, namun disebabkan minat yang mendalam terhadap bidang urutan menyebabkannya kini bertukar karier sebagai terapis atau Confinement Lady (CL) untuk ibu selepas bersalin serta bayi baru lahir.

Nurul Atikah Mohd Rais, 30, pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak.

Menceritakan semula pembabitannya sebagai CL, katanya, dia minat mengurut sejak di sekolah rendah.

“Ketika ibu melahirkan adik bongsu saya kira-kira 19 tahun lalu, saya yang bantu tolong menjaganya.

“Apabila meningkat remaja, saya bantu menjaga saudara termasuk ibu saudara yang berpantang selepas bersalin.

“Ramai mengatakan saya memang dianugerahkan mahir mengurut. Moyang sebelah ibu dan ayah juga adalah bidan,” katanya.

Anak kedua daripada enam beradik itu menjelaskan, ibu bapanya yang juga pesara kerajaan tidak kisah dengan karier pilihannya sekarang.

Nurul Atikah sebelum ini mempunyai pengalaman menjalani latihan kerja jurutera kimia di Felda selain bekerja sebagai jurutera di Sime Darby.

“Saya memang minat mengurut. Waktu kerja ini fleksibel, lebih relaks dan boleh mohon serta dapat segera.

“Ramai juga mungkin tidak tahu bahawa gaji asas jurutera secara amnya di negara ini tidaklah terlalu lumayan berbanding nama pekerjaannya.

“Pendapatan sebagai CL boleh dapat dua hingga tiga kali ganda berbanding kerja jurutera,” katanya.

Menurutnya, dia sudah lali dengan sindiran mengenai keputusannya beralih bidang pekerjaan berbanding pengajian di universiti.

Apa yang penting, katanya, dia mampu membayar hutang dan membantu keluarga.

“Saya juga boleh luangkan masa bantu ibu ke hospital. Ibu ada penyakit buah pinggang, kencing manis selain hempedunya sudah dibuang,” katanya.

Walaupun sudah bertukar bidang, dia sedang menyambung pengajian dalam bidang kimia di peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Saya sambung pengajian dalam bidang kimia sejak September tahun lalu dan ia hanyalah untuk kepuasan diri.

“Sebab saya bercita-cita membuka syarikat sendiri berkaitan urutan dan spa,” katanya.

Sebelum ini jurutera, kini bidan moden 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo