Infotainment

“Sebenarnya Tu Memang Angle” – Saiful Apek Jawab Kontroversi ‘Pegang Tangan’ Fiza Halim

“Sebenarnya Tu Memang Angle” – Saiful Apek Jawab Kontroversi ‘Pegang Tangan’ Fiza Halim 2

Status rumah tangga pelakon, Fiza Halim menjadi persoalan apabila dia dilihat bergambar ‘mesra’ dengan rakan iaitu pelawak terkenal, Saiful Apek. Menerusi foto yang dimuat naik, mereka dilihat seolah-olah berpegangan tangan sehingga mencetuskan kontroversi.

BACA: Padam Foto Suami Di IG, Fiza Halim Terlebih ‘Mesra’ Dengan Saiful Apek Undang Tanda Tanya Netizen

Terbaru, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam tampil menjawab dakwaan dan menjelaskan perkara yang sebenar. Pelawak ini juga memohon maaf kerana telah menimbulkan salah faham orang ramai.

Saiful Apek mengakui dia mempunyai hubungan baik dengan kebanyakan pelakon. Menurutnya, ramai yang menganggapnya seperti abang namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk dia bergambar sebegitu.

Tapi pada saya sendiri juga, gambar itu sebenarnya nampak macam saya berpegang tangan tapi sebenarnya tu memang angle. Tangan tidak bersentuhan langsung.

Saya mohon maaf jika ada yang salah tafsir dengan hubungan kami yang sebenarnya memang macam adik beradik. Kebetulan benda tu terpapar dalam gambar, tak sengaja dimuat naik dan mengundang provokasi.


Mengakui khilaf, Saiful berterima kasih kepada semua yang sudi menegur. Dia bersikap terbuka dan sangat mengalukan sebarang teguran. Kata Saiful lagi, selagi individu menyedari, menyesali dan memperbaiki maknanya ada proses muhasabah diri.

“Sebenarnya Tu Memang Angle” – Saiful Apek Jawab Kontroversi ‘Pegang Tangan’ Fiza Halim 3

Malah, hubungan rapatnya dengan Fiza bukanlah satu rahsia kepada suami Fiza sendiri. Saiful Apek mengenali mereka dari awal bekerja dalam industri dan sudah seperti adik beradik. Namun, dia menegaskan itu boleh dijadikan alasan untuk berkelakuan sedemikian.



“Sebenarnya Tu Memang Angle” – Saiful Apek Jawab Kontroversi ‘Pegang Tangan’ Fiza Halim 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo