Artikel Terkini

Secret Garden – IMPIANA

Secret Garden - IMPIANA 1

Walupun Attic studio yang beroperasi di Taman Paramount, Petaling Jaya baru mula bertapak pada 2016, sentuhan magis yang diberikan bak profesional berpengalaman dan mempunyai sentuhan identiti tersendiri bagi setiap rekaanya.
Seperti Secret Garden berkonsepkan english yang terletak di Tiana Elmina garden, landskap yang dizahirkan memberi susana ketenangan walaupun unit kediaman Semi-D ini terlatak sangat berhampiran dengan unit bersebelahan dan laluan taman yang sibuk. Segala-galanya dek rekaan dan pemilihan tanaman yang tepat.
Untuk taman utama yang terletak di bahagian hadapan, pereka mengetengahkan konsep inggeris bersesuaian dengan permintaan pemilik yang sukakan kepelbagaian tanaman berbunga.
Memilih cobble paver jenis tanah liat sebagai laluan laman memberi kelebihan kepada pemilik jika ingin melakukan ubah suai di masa akan datang, kerana jenis turapan ini tidak kekal. Tamabahan, ia berupaya menjadikan permukaan laluan ini poros air. Jadi, tiada masalah aliran air yang bertakung di laman ini.
Nun di hujung, ruang santai tersedia. Padanan bangku taman dari struktur konkrit dan kemasan kayu komposit menjadi titik fokus untuk laman ini. Menambah elemen alami yang menenangkan, kolam pancuran mini dengan motif kepala singa menyerlahkan lagi konsep taman inggeris yang dizahirkan.
Dari segi pemilihan tanaman, pereka mengetengahkan tanaman less maintenance memandangkan pemilik seorang yang agak terhad masa untuk menguruskan laman. Pemilihan tanaman bersaiz matang memberi instant effect kepada tanaman ini.
Seperti yang ditegaskan pemilik, privasi menjadi keutamaan agar taman yang indah dapat dinikmati dengan selesa. oleh itu, pereka telah memilih Ficus Korea yang mempunyai ketinggian lebih 3 meter dan tekstur daun yang padat sebagai screening bagi keseluruhan laman. Untuk kelihatan lebih formal seperti tanam inggeris yang lain, Ficus Korea di beri top cut untuk kelihatan sempurna.
Memberi naungan di sudut santai laman, pereka memilih pokok Ficus Elestica variegated berukuran lebih kurang 10 meter. Tekstur daun yang sedikit kasar berbanding tanaman yang lain memberi kepelbagaian. Tambahan bentuk dan warna yang unik menjadi identiti kepada laman kediaman ini.
Sedikit berbeza dengan laman sisi yang bersebelahan dengan ruang tamu. Pereka menyediakan taman herba tropika untuk memberi kemudahan kepada pemilik. Pelbagai jenis tanaman herba yang kerap digunakan dalam masakan melayu seperti serai, cili api, ketumbar, selasih dan sebagainya.
Manakala bagi lagi satu lagi sisi laman yang berhampiran dengan dapur dihias ringkas, sebuah patio menjadi ruang BBQ buat pemilik. Namun masih mengekalkan konsep privasi, Ficus Korea memainkan peranan.
Walaupun ruang laman tersedia sangat terhad, pembahagian laman mengikut pelbagai aktiviti menjadikan ia lengkap dan tersusun. Tambahan, pemilik boleh melakukan aktiviti dan laman dengan selesa tanpa ada mata-mata dari luar yang dapat melihat secara terus. Oleh itu, penyediaan screening bagi rekaan sesebuah laman memainkan peranan penting untuk memastikan privasi sama ada di laman mahupun di dalam kediaman.
Profil
Laman:
Lokasi:
Tiana Elmina GardensJenis kediaman: Semi-D 2 tingkatKonsep laman: English GardenPereka & konraktor landskap:
Attic Studio
###—###
#Intro
Laman yang dihias indah bukan sekadar untuk mencantikkan kediaman dan hanya menjadi penyedap mata. Sudah pasti ia patut dinikmati dan dimanfaatkan sepenuhnya. Seperti laman yang direka bentuk oleh Attic Studio yang terletak di Elmina.

Secret Garden - IMPIANA 1

Source link