Berita

Sedar anak hilang selepas tular di FB

Sedar anak hilang selepas tular di FB 2

Kota Samarahan: Lelaki hanya menyedari anaknya yang berusia empat tahun hilang selepas melihat gambar kanak-kanak itu tular di Facebook (FB).

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Suprintendan Sudirman Kram berkata, kejadian itu berlaku pagi hari ini selepas kanak-kanak lelaki terbabit ditemukan oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan.

Menurutnya, kanak-kanak berkenaan ditemukan merayau sendirian di Taman Stigang di sini.

Katanya, anggota MPV terbabit kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke Balai Polis Kota Samarahan pada 10 pagi sebelum kaunter aduan balai berkenaan menerima panggilan daripada bapanya pada 10.10 pagi.

“Lelaki itu mengakui gambar kanak-kanak yang tular di FB adalah anaknya.

“Lelaki itu mendakwa dia membaiki rumah di tingkat atas, manakala anaknya dikatakan menonton televisyen di tingkat bawah.

“Apabila turun didapati anaknya tiada dan beranggapan kanak-kanak itu mengikut emaknya untuk membersih rumah di tempat lain,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, lelaki itu kemudiannya datang sendiri ke Balai Polis Kota Samarahan untuk mengambil anaknya.

“Pegawai bertugas memberi amaran kepadanya dan kanak-kanak itu diserahkan kepada bapanya dalam keadaan selamat,” katanya.

Menurut Sudirman, sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas kanak-kanak terbabit akibat pengabaian atau kecuaian, ibu bapanya boleh didakwa mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Sedar anak hilang selepas tular di FB 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo