Berita

Sedia kena kecam | Harian Metro

Sedia kena kecam | Harian Metro 2

Selepas kejayaan lagu Pendusta Cinta, hasil duet dengan penyanyi W.A.R.I.S sekitar dua tahun lalu, Wani Syaz sekali lagi tampil dengan kerjasama yang baharu menerusi lagu Habibi.

Karya muzik yang mengetengahkan elemen irama padang pasir dengan sentuhan muzik moden itu, cukup kena dangan paduan suara Wani Syaz dan W.A.R.I.S yang bergabung buat kali kedua.

Mengulasnya, Wani Syaz berkata jika sebelum ini dia pernah menghasilkan dua lagu duet bersama Juzztin berjudul Kembalilah dan Alhamdulillah, kini dia melakukannya lagi secara kerjasama dengan W.A.R.I.S pula.

“Saya selesa juga bekerja dengan W.A.R.I.S kerana dia banyak membantu dan kami saling berbincang. Ditambah, saya juga sukakan alunan muzik, melodi dan lirik lagu Habibi ini.

“Lagu ini kena dengan jiwa dan vokal saya. Apatah lagi, muziknya juga ada kelainan dan saya suka mencuba genre-genre baharu. Alhamdulillah, nampaknya lagu ini juga diterima baik pendengar.

“Terima kasih kerana memberi sokongan kepada saya. Di kala pandemik Covid-19 ini, sebenarnya bimbang juga untuk melancarkan lagu baharu, tetapi kelangsungan kerjaya harus diteruskan.

“Alhamdulillah, ada pula peluang dan kenapa perlu saya lepaskan. Ini adalah rezeki dan tambahan pula, lagu Habibi ciptaan DJ Fuzz, Aziquebeats dan W.A.R.I.S ini cukup ‘catchy,

” katanya.

Berbicara mengenai muzik video lagu itu pula, Wani Syaz berkata dia sentiasa bersikap terbuka dan memberanikan diri untuk mencuba. Katanya, dia juga bersedia menerima kritikan daripada warganet yang mengecam.

“Ketika tampil dengan lagu Pendusta Cinta dahulu, saya sudah dikritik dan dikecam warganet kerana menari. Sekarang, saya pertaruhkan risiko itu untuk tampilkan sesuatu yang berbeza dalam lagu Habibi.

W.A.R.I.S, bergabung lagi dengan Wani Syaz selepas lagu Pendusta Cinta, dua tahun lalu.
W.A.R.I.S, bergabung lagi dengan Wani Syaz selepas lagu Pendusta Cinta, dua tahun lalu.

“Tak sangka pula, kali ini saya tidak dikritik dan dikecam, malah kebanyakan mereka (warganet) menyokong tindakan berani yang saya lalukan itu,” katanya.

Menurut pemilik nama sebenar, Nursyazwani Selamat ini, pada usianya sekarang 24 tahun, dia membuat keputusan tepat untuk menjadikan nyanyian sebagai kerjaya untuk menyerlahkan kematangan diri.

“Sebagai insan seni, saya kena berani mencuba walaupun hakikatnya saya seorang yang pemalu. Malah, ibu saya pula guru agama dan kebanyakan orang tahu mengenainya.

“Bagaimanapun, ibu saya seorang yang sangat memahami dan selalu memberi sokongan. Lagi pun, tarian saya biasa-biasa sahaja dan tidaklah keterlaluan. Saya pun selesa menyanyi sambil menari.,” katanya.

Ujar Wani Syaz lagi, dia juga sebenarnya enggan berasa terlalu selesa dengan perjalanan kerjayanya. Katanya, dia cuma tidak mahu peminat berasa bosan dan dia sendiri takut mencuba.

Sehubungan itu, video muzik lagu Habibi yang dimuat naik di YouTube sejak sebulan lalu, hingga kini sudah mencatat lebih 175,000 tontonan dengan hampir 500 komen daripada pelayar yang menonton.

Sedia kena kecam | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo