Berita

Selebriti tempatan meriahkan Minggu Saham Digital PNB

Selebriti tempatan meriahkan Minggu Saham Digital PNB 1

Selebriti tempatan meriahkan Minggu Saham Digital PNB 2

SELARAS dengan perkembangan transformasi digital, Permodalan Nasional Berhad (PNB) julung kali memperkenalkan Minggu Saham Digital, sebuah program adaptasi Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM).

Jika sebelum ini MSAM menjadi platform masyarakat Malaysia mengenali PNB dan syarikat pelaburannya secara bersekemuka, kini semuanya beralih secara dalam talian.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, Minggu Saham Digital adalah bukti bagaimana PNB terus berkembang serta mendukung cara baharu dan menarik untuk mendekati pemegang unit kami dan rakyat Malaysia secara umumnya, dengan matlamat untuk memperkasakan literasi kewangan melalui platform digital yang mudah untuk dilayari.

Menerusi penganjuran tahunan secara dalam talian semua lapisan masyarakat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur boleh menikmati pelbagai kandungan aktiviti menarik daripada keselesaan kediaman mereka sendiri atau di mana sahaja mereka berada, kerana semuanya kini mudah diakses hanya di hujung jari.

Pelbagai program menarik

Selebriti tempatan meriahkan Minggu Saham Digital PNB 3

MSD akan disiarkan secara langsung bermula 18 hingga 24 November 2020 melalui Facebook dan YouTube rasmi Minggu Saham Digital antara jam 12.30 tengah hari hingga 10.30 malam.

Penganjuran kali ini lebih istimewa dengan penglibatan selebriti tempatan yang akan turut sama berkongsi mengenai kepentingan pelaburan dan perancangan kewangan dalam suasana yang menghiburkan.

1. Selesa

Selebriti tempatan meriahkan Minggu Saham Digital PNB 4

Penampilan hos terkenal tanah air Awal Ashaari pula akan berkongsi maksud sebenar kediaman yang selesa menerusi rekaan eksklusif Setia Alamsari yang disediakan SP Setia dan Serini Melawati oleh Sime Darby Property Berhad.

2. Masak Macam Mak

Selebriti tempatan meriahkan Minggu Saham Digital PNB 5

Dibawakan oleh Sime Darby Plantation Berhad, program ini memberikan penghormatan kepada masakan unik di Malaysia dengan penampilan Fizo Omar, Elfira Loy, Sherson Lian dan Dato ‘Fazley Yaakob bersama ibu masing-masing.

3. Kereta Kita

Selebriti tempatan meriahkan Minggu Saham Digital PNB 6

Menerusi segmen Kereta Kita penonton berpeluang menyelami perbualan menarik antara pengacara Hazeman Huzir dan Fahrin Ahmad bersama tetamu jemputan mengenai kereta kegemaran mereka dalam program yang dibawakan oleh Sime Darby Berhad, UMW Holdings Berhad dan Perodua.

4. Lepak Je

Selebriti tempatan meriahkan Minggu Saham Digital PNB 7

Dalam segmen Lepak Je pula , penonton boleh bersantai dan berinteraksi bersama selebriti kegeraman seperti Fikry Ibrahim, Nana Al Haleq, Afieq Shazwan, Remy Ishak, Dr Say Shazril dan Rozita Che Wan sambil menyaksikan mereka melakukan cabaran seperti Mukbang, ‘Lip-Sync’ dan juga cabaran TikTok!

5. My Cerita

Selebriti tempatan meriahkan Minggu Saham Digital PNB 8

Dalam My Cerita, penonton akan bersama dengan pengacara Dahlia Shazwan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PNB, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan UMW Holdings Berhad dan mendapatkan penerangan mengenai fungsi, budaya, visi dan misi syarikat-syarikat tersebut.

6.Forum Kewangan Syariah

Selebriti tempatan meriahkan Minggu Saham Digital PNB 9

Bagi yang berminat dengan topik Kewangan Islam semasa, jangan lepaskan peluang menonton Forum Kewangan Syariah yang dibawakan oleh MNRB Holdings Berhad.  

Rancangan ini akan menampilkan pemudahcara Imam Muda Asyraf berama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad, Nor Azman Zainal.

Selain itu, terdapat banyak lagi program menarik yang boleh diikuti penonton seperti Makan Dulu, Jumpa di 118, Lepak Je dan Betul Ke, Doc? 

Bagi peminat eSport, MSD akan memberi peluang kepada penonton untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Azim Ikromi (draxx), Nureddy Nursal (Daddy Hood) atau Zahiril Adzim di liga fantasi FIFA 21 dan bertarung secara langsung dengan pasukan lain dalam GG Bro!

Selebriti tempatan meriahkan Minggu Saham Digital PNB 10

MSD juga akan melangsungkan konsert maya terbesar dengan menampilkan selebriti terkenal seperti K-Clique, Akim Ahmad, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Aman Ra menerusi persembahan langsung pada 21 November 2020. 

Menerusi acara digital yang lain daripada yang lain ini, penonton juga boleh menyertai acara permainan, rancangan memasak, eksperimen sains yang unik, pertandingan pencarian harta karun maya, ‘Eh, Mana Kod?’ serta pertandingan lakaran pelitup muka, #LakaranJuara.

Rakyat Malaysia dijemput untuk turut sama dengan MSD menerusi platform digital yang tersedia dan mudah dilayari dengan menggunakan tanda pagar #Laburbersama.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MSD, layari www.minggusahamdigital.com.my atau ikuti @minggusahamdigital di Instagram dan Facebook.

Selebriti tempatan meriahkan Minggu Saham Digital PNB 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo