Infotainment

Selepas Budak Tebing, Aedy Ashraf & Eyka Farhana Kembali Dalam Drama Terbaru TV3!

Selepas Budak Tebing, Aedy Ashraf & Eyka Farhana Kembali Dalam Drama Terbaru TV3!
Selepas Budak Tebing, Aedy Ashraf & Eyka Farhana Kembali Dalam Drama Terbaru TV3! 1

Selepas Budak Tebing, Aedy Ashraf & Eyka Farhana Kembali Dalam Drama Terbaru TV3!

Bulan ini, ada satu lagi drama yang akan mengisi slot Samarinda TV3 iaitu Bila Hati Memilih Dia. Psstt..korang, drama bersiri 15 episod ni adalah gandingan pelakon pujaan para gadis iaitu Aedy Ashraf dan pelakon wanita yang cantik jelita, Eyka Farhana.

Haa..siapa yang minat mereka berdua ni, korang kena tengok drama ni sebab jalan ceritanya yang lain dari yang lain tau.

Drama Bila Hati Memilih Dia ni turut dibintangi oleh Maryam Annisa, Gambit Saifullah, Zila Bakarin dan ramai lagi pelakon-pelakon hebat tempatan! Ia dah pun mula ditayangkan di TV3 bermula 28 Mac 2022 lalu.

Korang boleh tonton cerita ni setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 10.00 malam. 1 jam selepas siaran di TV3, korang boleh strim pula kat platform hiburan iQiyi. Yesss!

Selepas Budak Tebing, Aedy Ashraf & Eyka Farhana Kembali Dalam Drama Terbaru TV3! 3

Drama adaptasi novel ni mengisahkan tentang Adra (Eyka Farhana) yang baru habis belajar. Dia telah dipaksa oleh ibu tirinya, Makcik Melur (Zila Bakarin) untuk kahwin dengan Farhan, padahal Adra tak minat pun si Farhan ni. Pada masa yang sama pula, Nazril (Aedy Ashraf), berpindah ke Langkawi atas urusan kerja dan terpaksa mencari pengasuh untuk menjaga anaknya, Nufail. FYI, Nazril ni seorang single dad, tau!

Makcik Melur pula terdengar tawaran pengasuh tersebut. Disebabkan dia ni mata duitan, dia paksa Adra kerana mendengar gaji yang diberi tu lumayan. Adra bersetuju selepas Makcik Melur beri jaminan selepas bekerja beberapa bulan dengan Nazril, Adra boleh bebas bekerja di Kuala Lumpur.

Nak dijadikan cerita, satu insiden terjadi selepas Nazril dan Nufail tiba di Langkawi, di mana Nufail hilang sewaktu Nazril sibuk menjawab panggilan telefon. Kebetulan Adra berada di situ, dia cuba memujuk Nufail dengan memeluknya, namun Nazril terus menjerit dan menuduh Adra cuba menculik Nufail.

Selepas Budak Tebing, Aedy Ashraf & Eyka Farhana Kembali Dalam Drama Terbaru TV3! 4

Keesokan hari, Adra tiba di rumah Nazril. Alangkah terkejutnya Nazril apabila melihat Adra dan dia terus mengungkit peristiwa semalam. Setelah dituduh, Adra terus hilang minat untuk bekerja sebagai pengasuh Nufail. Tapi disebabkan satu kejadian, Adra dan Nazril terperangkap dan terpaksa berkahwin.

Adakah kesudahan nasib Nazril dan Adra? Apakah kejadian yang menyebabkan Adza berkahwin dengan Nazril? Mampukah mereka menyelesaikan perselisihan faham dan kekal bahagia bersama selepas berkahwin?

Haa..kalau nak tahu kesudahannya, strim je di iQiyi!

Uish..memang penuh konflik betul drama ni! Kalau korang nak tahu sama ada drama ni happy ending atau tak, korang kenalah tengok sendiri tau.

Kalau terlepas siaran di TV, no problem. iQiyi kan ada! Penstriman bermula 28 March 2022, setiap Isnin hingga Jumaat. Kalau korang pelanggan VIP iQiyi, korang boleh strim terus episod baru jam 11 malam. Tapi jangan risau, episod baru boleh strim secara PERCUMA, 48 jam kemudian. Best kan?

Ada berita lagi best ni! Bermula 1 April hingga 8 Mei ini, korang semua boleh join peraduan “Strim & Menang” di iQiyi. Banyak hadiah best untuk dimenangi seperti televisyen PRISM+, telefon VIVO, baju raya yang eksklusif dari ZALORA bernilai RM1200 dan banyak lagi. Ini bersempena dengan Bulan Penghargaan pelanggan iQiyi.

Wow, boleh beraya sakan lah nanti kan! Info lanjut tentang peraduan ni, korang boleh klik di sini.

Nikmati pelbagai faedah eksklusif di iQiyi!

Selepas Budak Tebing, Aedy Ashraf & Eyka Farhana Kembali Dalam Drama Terbaru TV3! 5

iQiyi ni adalah satu platform hiburan Asia yang paling awesome. Sebab bukan drama Melayu je, korang juga boleh layan drama & filem Cina, Korea dan juga anime-anime gempak, paling latest pun ada! Yang paling mantap, kualiti video dia memang high-class, lengkap dengan sarikata Bahasa Malaysia & Inggeris. 

Nak lagi ‘up’, korang boleh join jadi VIP iQiyi untuk pengalaman hiburan yang superb! Kelebihan VIP ni termasuklah boleh skip iklan, akses tontonan episod eksklusif, akses tontonan episod baru lebih awal, penstriman berkualiti tinggi HD (Blu-ray 1080P) dan sistem bunyi Dolby Atmos. Gempak kan? Cepat, korang boleh claim 6 BULAN AKSES VIP PERCUMA melalui aplikasi Celcom!

So, jangan lupa layan drama terbaru Bila Hati Memilih Dia ni tau! 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web iQiyi

Selepas Budak Tebing, Aedy Ashraf & Eyka Farhana Kembali Dalam Drama Terbaru TV3! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list